Insan hebat, Ustaz Ebit Lew, yang penuh nilai kemanusiaan sekali lagi tampil membantu individu memerlukan dan kali ini membabitkan seorang lelaki, Saudara Loqman Hamka dipercayai lemas dan hilang di sungai Pahang.
Ustaz Ebit Lew dalam hantaran Facebook miliknya berkongsikan dirinya ke Temerloh demi memberi bantuan, kata semangat dan doa buat keluarga itu telah menyentuh hati ramai warganet.
Sayu sebak 7 hari pihak berkuasa dan keluarga operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dipercayai lemas. Saudara Loqman Hamka yang hilang di sungai Pahang. Bila keluarga dan pasukan minta doa dan kata semangat. Saya terus ke Temerloh petang ini. Beri kata semangat dan doa serta sumbangan buat keluarga.
Sayu jer suasana disitu. Pihak berkuasa dan sukarelawan kampung berterusan mencari tanpa henti. Ibu ayah Loqman tak berhenti mengaji tepi titian dan sambil memanggil nama anaknya. Allahukabar. Pasti ujian ini kerana Allah sayang.
Lokman dulu belajar Hafiz Al-Quran. Terkenal dengan sifat suka belanja orang. Suka tolong orang. Semoga Allah ketemukan. Semoga Allah beri kekuatan dan ketabahan buat keluarga- ebitlew.
Sumber : Ebit Lew