Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Scotland Negara Pertama Sedia Produk Keperluan Haid Secara Percuma

Kredit: Pixabay & Pexels

Menjelang Isnin nanti, Scotland akan menjadi negara pertama di dunia yang memastikan akses kemudahan kepada produk keperluan wanita datang bulan atau haid secara percuma berikutan rang undang-undang tersebut yang diluluskan pada 2020.

Majlis pembandaran dan penyedia pendidikan akan dikehendaki untuk menyediakan produk tersebut seperti pad, tampon dan sebagainya secara percuma kepada sesiapa yang memerlukannya, kata jurucakap kerajaan Scotland dalam satu kenyataan pada Ahad.

Parlimen Scotland pada November 2020 lalu mengundi sebulat suara menyokong Rang Undang-Undang Produk Haid, yang memberikan hak kepada wanita untuk mendapatkan akses percuma kepada produk kebersihan tersebut di bangunan awam.

Sebelum ini, produk sanitari sudah pun diberikan percuma bagi murid-murid sekolah dan pelajar universiti, tetapi rang undang-undang yang diusulkan oleh menteri adalah untuk memastikan sesiapa sahaja boleh mendapatkan akses kepada produk tersebut tanpa mengenal usia.

Gambar hiasan | Kredit: Pexels

Selain itu, institusi-institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti juga mesti menyediakan rangkaian produk haid secara percuma di tandas mereka.

Menteri Pertama Scotland, Nicola Sturgeon mengalu-alukan keputusan kelulusan tersebut pada masa itu.

“Saya berbangga untuk menyokong rang undang-undang ini dan menjadikan Scotland sebagai sebuah negara pertama di dunia yang menyediakan produk haid secara percuma untuk sesiapa yang memerlukannya,”

“Dasar ini penting untuk wanita dan gadis,” katanya menerusi akaun Twitter miliknya seperti yang dilapor AFP.

Sumber: AFP via Sinar Daily