Menakjubkan, sebuah pesawat dari China dilaporkan telah berlepas pada 1 Januari 2022 dan mendarat di Los Angeles pada 31 Disember 2021.
Mungkin kelihatan pelik dan tidak masuk akal namun ia sememangnya satu ‘fenomena’ yang biasa kerana terdapat perbezaan zon waktu di sesebuah negara.
Bagaimana ia boleh berlaku?
Memetik laporan portal Shkmgmcnuh, keadaan itu mungkin disebabkan oleh arah putaran bumi dan cara kita menetapkan zon waktu di planet ini. Ia berlaku pada setiap penerbangan yang melintasi garis tarikh antarabangsa yang terletak di antara pantai Asia dan pantai barat Amerika Syarikat.
Disebabkan itu, setiap kali seseorang mengembara dari Amerika Syarikat ke Asia melalui lautan Pasifik, individu tersebut akan ‘pergi’ satu hari lebih awal ke hadapan. Pun begitu, jika garis pertukaran tarikh antarabangsa dari Asia ke Amerika dilintasi, maka tarikh tersebut perlu ditangguhkan ke satu hari.
Ia berlaku kerana planet kita berputar dari arah barat ke timur dan zon waktu pula telah menambah satu jam setiap satu sehingga terkumpul 24 jam yang membentuk satu hari penuh.
Keadaan itu berlaku kepada penumpang penerbangan Air China 625 yang mendarat di Los Angeles, Amerika Syarikat baru-baru ini.
Perbezaan 17 jam antara kedua-dua bandar itu membuatkan penerbangan tersebut mendarat pada jam 9.34 dan membolehkan mereka berpeluang untuk menyambut ketibaan tahun baharu 2022 sebanyak dua kali.
Sumber: Shkmgmcnuh