Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sebanyak 4,700 Lapisan Gigaton Ais Telah Mencair Di Greenland, Cukup Untuk Tenggelamkan Amerika Syarikat

Kredit: Daily Mail

Sebanyak 4,700 lapisan gigaton ais telah hilang di Greenland sejak dua dekad lalu, dalam masa yang sama memberi amaran bahawa jumlah tersebut cukup untuk menenggelamkan Amerika Syarikat di bawah o.3 meter air.

Menurut Daily Mail, penemuan itu adalah hasil kajian analisis data Denmark dari satelit Gravity Recovery and Climate Experiment (GRACE) yang terkumpul sejak April 2002 hingga Ogos 2021.

“Data tersebut terdapat banyak ais yang semakin menghilang di sepanjang pinggiran kepingan ais.

“Di permukaan ais, terdapat pencairan yang lebih tinggi dan menunjukkan ais yang semakin menipis merujuk kepada pemerhatian bebas tersebut,” kata penyelidik.

Sementara itu, Penyelidik Agensi Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) memaklumkan, kehilangan ais adalah disebabkan oleh pemanasan air di bawah permukaan pantai Greenland Barat yang mempercepatkan pencairan glasier.

“Penyebab utama kenaikan paras laut yang menjadi punca perubahan iklim adalah kerana banyaknya kehilangan lapisan ais di Greenland dan Antartika,” jelasnya lagi.

Sumber: Daily Mail