Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sebuah Tangki Di Loji Penapis Minyak Di Port Dickson Terbakar

Gambar Awam/BERNAMA

SEREMBAN, 22 Mei — Sebuah tangki di loji penapisan minyak di Port Dickson terbakar petang ini, dan difahamkan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan setakat ini.

Iklan

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan berkata 38 anggota dari balai Port Dickson, Teluk Kemang dan Seremban 2; termasuk Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada kira-kira pukul 4.15 petang.

“Kebakaran ini melibatkan sebuah tangki minyak 10,000 liter dan kerja-kerja pemadaman masih sedang dilakukan,” katanya.

Sumber: BERNAMA