Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Sedih Dengar Mereka Mengerang Sakit…” Team Media Ustaz Ebit Lew Terlibat Kemalangan Malam Tadi

Gambar: Ustaz Ebit Lew

Tiga petugas media Ustaz Ebit Lew dilaporkan terlibat dalam kemalangan di satu lokasi berdekatan Tol Jalan Duta di ibu negara malam tadi.

Ustaz Ebit berkata, kejadian itu berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur (KL) dari Pulau Pinang selepas menyampaikan bantuan buat keluarga lima beranak semalam.

“Semasa sama-sama balik ke KL, betul-betul lorong kanan Touch n Go lepas Tol Jalan Duta, tiba-tiba ada kereta dari kiri buat pusingan U (U-turn) ke kanan.

“Ada arahan papan tanda tidak boleh ‘U-turn’. Toyota Estima (dipandu) mereka cuba cuba elak kereta buat U-turn itu menyebabkan (mereka) melanggar pembahagi tengah jalan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook malam tadi.

Sehubungan itu, mereka yang tercedera dikejarkan ke pusat perubatan swasta untuk rawatan lanjut.

“Sekarang (malam tadi) saya di Hospital Gleneagles menanti ketiga-tiga petugas itu membuat pemeriksaan imbasan tomografi berkomputer (CT scan).

“Doakan semuanya baik dan selamat. Doakan Teyha, Azrin dan Ijad semuanya selamat dan baik-baik saja. Sedih dengar mereka mengerang sakit,” tambahnya.

Mengimbas kembali, Ustaz Ebit Lew bersama kumpulannya menuju ke Pulau Pinang semalam bagi menziarahi dan menghulurkan bantuan buat keluarga lima beranak kaum India yang tinggal menetap di dalam kereta.

Bantuan yang diberikan adalah berupa sebuah unit rumah sewa berkapasiti tiga bilik dan dua bilik air, satu katil saiz Queen, dua katil bujang, peti sejuk, mesin basuh, televisyen, pemasak nasi, dapur, barang dapur serta wang tunai.

Setakat jam 9 pagi ini belum ada apa-apa perkembangan terkini mengenai tiga mangsa tersebut di laman Facebooknya.

Maklumat lanjut akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Sumber: Ustaz Ebit Lew