Siapa di sini yang suka letakkan telefon dalam mod senyap? Mungkin ada antara kita yang gemar berbuat demikian atas alasan mencari ketenangan.
Memang benar, ada masanya kita perlu menyendiri dan menjauhkan diri daripada gajet serta media sosial. Walau bagaimanapun, kita mungkin boleh tertinggal maklumat penting jika gagal dihubungi ketika berlaku kecemasan.
Baru-baru ini, seorang pemuda berkongsi kisah yang menjadi sebab dia tidak lagi meletakkan telefonnya dalam mod senyap. Kongsi Faz, ia bermula pada tahun 2018 ketika dia terlewat mendapat tahu tentang pemergian Allahyarham ayahnya kerana dia tidak dapat dihubungi keluarga pada malam sebelumnya.
Mari baca bebenang dikongsikan beliau di bawah.