Sejarah Kadar Dividen KWSP Dalam Tempoh 10 Tahun
Hari ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan kadar dividen kedua-dua simpanan bagi tahun 2025 iaitu sebanyak 6.15 peratus.
Pengumuman ini pastinya ditunggu-tunggu oleh orang ramai sejak sekian lama.
Menurut KWSP, jumlah agihan bagi Simpanan Konvensional adalah sebanyak RM67.1 bilion, manakala Simpanan Shariah sebanyak RM12.5 bilion.


Ia menjadikan jumlah keseluruhan agihan untuk tahun 2025 sebanyak RM79.6 bilion.
Dalam pada itu, pasti ada yang tertanya-tanya mengenai jumlah dividen yang terdahulu. Justeru, berikut sejarah kadar dividen dalam tempoh 10 tahun:
2025 - Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah (6.15%)
2024 - Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah (6.30%)
2023 - Simpanan Konvensional (5.50%), Simpanan Shariah (5.40%)
2022 - Simpanan Konvensional (5.35%), Simpanan Shariah (4.75%)
2021 - Simpanan Konvensional (6.10%), Simpanan Shariah (5.65%)
2020 - Simpanan Konvensional (5.20%), Simpanan Shariah (4.90%)
2019 - Simpanan Konvensional (5.45%), Simpanan Shariah (5.00%)
2018 - Simpanan Konvensional (6.15%), Simpanan Shariah (5.90%)
2017 - Simpanan Konvensional (6.90%), Simpanan Shariah (6.40%)
2016 - Simpanan Konvensional (5.70%)
KWSP menjelaskan bahawa bagi Simpanan Konvensional, kadar dividen minimum adalah 2.50%.
Pun begitu, kadar dividen sebenar adalah berdasarkan prestasi pelaburan konvensional KWSP.
Kadar dividen Simpanan Shariah pula adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh syariah yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP.

