Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sejarah Tercipta, Solat Jumaat Pertama Surau MADANI Di R&R Seremban

Azizah Najib
Solat jumaat R&R seremban
Kredit: Astro Radio Trafik

Sejarah Tercipta, Solat Jumaat Pertama Surau MADANI Di R&R Seremban

SEREMBAN — Buat julung kalinya, Solat Jumaat didirikan buat pertama kali di Surau MADANI di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban menghala arah selatan, pada hari ini.

Menurut laporan RTM, sekitar 300 jemaah hadir menunaikan solat di Surau berkenaan, dengan 60 daripadanya merupakan pemastautin tetap yang terdiri daripada rakan-rakan niaga serta para pekerja di kawasan R&R.

Difahamkan, fasiliti baharu itu mampu menampung sekitar 150 orang pada satu-satu masa, menurut Pengarah Urusan Plus Malaysia Berhad, Datuk Nik Airina Nik Jaffar.

Selain itu, Surau MADANI ini juga dilengkapi dengan kemudahan untuk warga emas dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

“Kita memilih Seremban kerana jumlah pengguna yang datang ke sini agak ramai dan bilangan staf serta kakitangan yang bermastautin di kawasan ini juga mencukupi untuk kita laksanakan solat Jumaat.

“Kalau jumlahnya tidak mencukupi, sudah tentu kita tidak akan adakan kerana ia tidak memenuhi keperluan.

“Jadi, surau ini dipilih kerana kehadiran pengguna yang ramai dan adanya keperluan daripada semua pihak termasuk staf, rakan niaga dan pelanggan untuk kemudahan solat Jumaat di sini,” katanya pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika meninjau suasana solat Jumaat pertama di Surau MADANI R&R Seremban Arah Utara

Imam Shafie Rajiman merupakan individu yang memimpin Solat Jumaat pertama di surau itu pada hari ini.

Mengulas lebih lanjut, Datuk Nik Airina berkata mimbar, mihrab, sistem pembesar suara serta penubuhan Jawatankuasa Kariah Penaja Surau Madani R\&R Seremban (Arah Selatan) yang dianggotai oleh 93 pemastautin tetap berdaftar, terdiri daripada rakan niaga dan para pekerja di kawasan itu antara penambahan kemudahan yang dilakukan di lokasi berkenaan.

BACA: Surau Madani Di R&R Dibenar Solat Jumaat, Pertama Di Malaysia

“Ini merupakan satu cadangan yang sangat baik, khususnya untuk mereka yang dalam perjalanan dan tak sempat ke masjid.

“Dengan adanya kemudahan solat Jumaat di R&R ini, pengguna lebuh raya boleh singgah, solat berjemaah dan berehat tanpa perlu keluar dari laluan utama.

“Inisiatif oleh pihak PLUS ini bukan sahaja memudahkan solat harian, tetapi juga memberi peluang untuk tunaikan solat Jumaat dalam suasana yang selesa.

“Saya rasa kalau kemudahan seperti ini diperluaskan ke lokasi lain, ia pasti memberi manfaat besar kerana laluan ini memang sibuk dan ramai pengguna tak sempat cari masjid luar.

“Jadi, sambil berhenti makan atau berehat, mereka boleh terus solat, satu usaha yang sangat baik dan patut diteruskan,” kata Mohd Ali Hasbullah.

“Sebelum ini, saya sering terkejar-kejar dan ada masanya terlepas solat Jumaat, atau sampai ketika jemaah sudah pun berada di rakaat pertama.

“Jadi, dengan adanya kemudahan ini, ia sangat membantu dan meringankan beban ramai orang seperti saya untuk menunaikan solat Jumaat dengan lebih tenang dan teratur ketika dalam perjalanan,” kata Syazwan Izmir Ahmad Salleh.

Sumber: RTM, Astro Radio Trafik