Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sekali Suluh, Apa Yang Dijumpainya Buat Ramai Terkejut

Suluh
Kredit: Ahmad Fitri via Facebook

Sekali Suluh, Apa Yang Dijumpainya Buat Ramai Terkejut

Kadangkala, sesuatu yang tidak dijangka boleh muncul di hadapan mata ketika seseorang hanya melakukan perkara biasa.

Lebih-lebih lagi pada sebelah malam, dimana penglihatan kita lebih terbatas. Suasana di sekeliling hanya dihampiri gelap gelita malam.

Detik seperti ini boleh berubah menjadi pengalaman mengejutkan pada setiap orang apabila menemui sesuatu yang tidak pernah disangka.

Baru-baru ini, satu video tular mencuri perhatian ramai berhubung 'entiti' apakah yang sebenarnya berada di situ.

Bila suluh terus nampak..

Menerusi perkongsian video oleh pengguna Facebook, @Ahmad Fitri, dia mendedahkan keadaan yang dipercayai menjadi punca tanaman padinya tidak tumbuh seperti biasa.

Menurutnya, usaha mengusahakan pertanian berkenaan bukanlah sesuatu yang mudah apabila perlu bertungkus lumus mengangkat benih serta memastikan proses penanaman berjalan lancar.

Namun, selepas penat berusaha, dia mula menyedari terdapat sesuatu yang mengganggu kawasan tanaman tersebut.

Dalam rakaman berkenaan, dia dilihat menyuluh ke kawasan terbabit sebelum terkejut apabila menemui banyak kelibat dipercayai tikus yang keluar pada waktu malam di situ.

Haiwan berkenaan kemudian bertempiaran melarikan diri sebaik sahaja kawasan itu disinari cahaya lampu.

Kredit : Ahmad Fitri via Facebook
Kredit: Ahmad Fitri via Facebook

Apa boleh buat, Rezeki Allah dah atur elok...

Walaupun berdepan dengan ujian tersebut selepas penat berusaha mengusahakan tanaman, dia tetap memilih untuk bersikap positif dan menerima keadaan itu dengan hati terbuka.

Baginya, setiap perkara yang berlaku pasti mempunyai hikmah tersendiri kerana rezeki seseorang sudah ditentukan dan diatur oleh Allah dengan sebaik-baiknya.

Dia juga tidak menyalahkan keadaan, sebaliknya menganggap apa yang terjadi sebagai sebahagian daripada perjalanan dalam mencari rezeki.

Sikap tenang dan reda itu turut mendapat perhatian apabila dia menyifatkan bahawa apa sahaja yang berlaku perlu diterima dengan penuh kesyukuran kerana setiap rezeki yang diberikan Allah hadir dengan cara dan waktu yang tersendiri.

Malah ada yang turut memberi cadangan untuk membendung masalah berkenaan.