Sekurang-kurangnya 10 Maut, 3 Cedera Dalam Runtuhan Bangunan Di Mesir By Hannah 17 Februari 2025 1:07pm Berita Sumber: Kyodo News Sekurang-kurangnya 10 Maut, 3 Cedera Dalam Runtuhan Bangunan Di MesirKAHERAH, 17 Feb (Bernama-Xinhua) — Sekurang-kurangnya 10 orang maut dan tiga lagi cedera pada Isnin dalam runtuhan bangunan di Wilayah Giza, Mesir, lapor agensi berita Xinhua memetik media tempatan.Menurut laporan, letupan berlaku di tingkat dua bangunan tiga tingkat di kawasan Kerdasa berhampiran Piramid Giza.Mangsa yang cedera dihantar ke hospital berdekatan. Pasukan pertahanan awam memadamkan kebakaran yang disebabkan oleh letupan dan mengosongkan dua bangunan bersebelahan untuk membersihkan serpihan.Siasatan awal mengaitkan kebocoran gas sebagai kemungkinan punca letupan.BACA: Isu Lelaki Berpakaian Menyerupai Wanita Semasa Sebuah Acara Pertandingan Hiburan – JAKIMBACA: JBPM Membentangkan Rang-Undang-Undang Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2025BACA: Berkuat Kuasa 31 Mac Ini, Aplikasi MAE Hanya Sokong iOS 14 Hingga TerkiniSumber: BERNAMA Berkaitan Lebih 200 Graduan Rai Majlis Graduasi Berlatarkan Runtuhan Bangunan Di Gaza Tragedi Pencarian Harta Karun, Dua Maut Tertimbus Runtuhan Seorang Maut, Tujuh Cedera Dalam Kemalangan Di Lebuh Raya Utara-Selatan