Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
BAITULMAQDIS, 30 April– Sekurang-kurangnya 38 orang maut dan 100 yang lain cedera dalam kejadian rempuhan di festival Israel pada tengah malam Khamis, lapor Xinhua, memetik media tempatan.
Kejadian berlaku di Gunung Meron di utara Israel. Punca sebenar masih belum jelas.
Perkhidmatan ambulans Israel Magen David Adom di Twitternya menulis telah merawat 50 mangsa, termasuk 20 pesakit yang kritikal.
Pihak berkuasa penyelamat berusaha untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap, menurut harian Haaretz.
Enam helikopter dihantar ke tempat kejadian untuk memindahkan mangsa yang cedera dan sebuah hospital lapangan telah didirikan.
Menurut sumber polis, kejadian itu berlaku apabila beberapa orang tergelincir ketika menaiki tangga, menyebabkan lebih ramai terjatuh.
Sumber: Bernama