Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sekurangnya 11 Maut Dalam Nahas Lebuh Raya Di Mexico

Gambar : Google

Bandar Mexico : Sekurang-kurangnya 11 orang maut manakala tujuh lagi cedera pada Ahad selepas sebuah kereta bertembung dengan sebuah bas di negeri Chiapas yang terletak di tenggara Mexico, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan.

Menurut Pejabat Peguam Negara Chiapas, nahas berlaku pada Ahad pagi apabila sebuah kereta melintasi laluan bertentangan dan bertembung bas terbabit di Lebuh Raya Ocozocoautla-Arriaga.

Bas itu dari pekan sempadan Tapachula dan membawa sebuah keluarga yang dalam perjalanan ke kawasan pergunungan San Cristobal de las Casas untuk bercuti.

Sumber : Bernama