Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia

Selalu Nampak Benda Terapung Dekat Mata Bila Tengok Objek Cerah? Ini Sebenarnya Yang Terjadi

Nur Adnin

Situasi dibawah yang kami kongsikan ini mungkin pernah anda alami. Tapi mungkin setiap kali ia berlaku, anda tidak terlalu memikirkannya.

Namun begitu, tidak salah untuk kita tahu apa yang terjadi ketika situasi tersebut berlaku. Nak tahu lebih lanjut? Jom baca perkongsian dari Hello Doktor di bawah.

Apa itu floaters mata?

Kebanyakan floaters mata berpunca daripada faktor usia ini boleh terjadi kerana bahan yang berjeli (vitreous) di dalam mata anda bertambah cair.

Ia sering bergerak-gerak di sekitar mata dan akan hilang jika anda cuba untuk melihatnya secara direct.

Serat mikroskopik di dalam vitreous cenderung untuk bergumpal lalu menimbulkan bayang-bayang kecil di retina. Ini dikenali sebagai floaters.

Floaters ini tidak akan menjadi masalah jika anda sudah biasa alaminya, tidak bertambah teruk dan tidak menghalang penglihatan anda.

Biasanya kejadian floaters mata ini tidak mengundang perkara yang serius kepada kesihatan mata namun sekiranya anda khuatir, dapatkan khidmat nasihat daripada pakar mata.

Secara umumnya, bahan berjeli di dalam mata anda akan bertambah cair mengikut peredaran usia.

Masih keliru? Mari kita kenali kriteria-kriterianya:

  • Bintik-bintik yang bergerak seiring pergerakan mata anda dan akan hilang jika anda cuba untuk fokus kepadanya

  • Bentuknya random

  • Floaters ini lebih jelas apabila anda melihat latar belakang yang cerah seperti dinding dan langit

  • Tompok kecil yang akan bergerak ke bawah bahagian mata secara sendirinya dan menghilang

Bahayakah floaters mata terhadap kesihatan mata?

Sejauh manakah anda boleh menghiraukan kewujudan floaters mata? Benarkah ianya tidak mempunyai kesan sampingan?

Apabila simptom-simptom ini berlaku kepada anda, segera dapatkan nasihat perubatan daripada doktor:

  • Floaters yang membuatkan mata kabur

  • Sakit mata

  • Kejadian floaters setelah anda mengalami kemalangan

  • Bayangan hitam pada penglihatan anda

  • Eye floaters makin bertambah

  • Perkara-perkara di atas boleh menjadi petanda bahawa anda mungkin mengalami kecederaan pada bahagian belakang mata yang boleh membawa kepada kecacatan mata yang kekal.

Selain itu, ia boleh menjadi petanda serius bahawa berlakunya kekoyakan pada retina mata.

Seiring dengan pertambahan umur, vitreous akan mengendur dan perkara ini secara langsung akan menarik retina. Jika ia ditarik dengan kekuatan yang mencukupi, retina akan koyak.

Sekiranya hal ini tidak dirawat dengan kadar segera, cecair akan berkumpul di belakang retina dan menyebabkan kehilangan penglihatan yang kekal.

Jika anda mengalami simptom-simptom ini, segera dapatkan rawatan daripada pakar mata sebelum keadaan bertambah melarat.

Sekiranya eye floaters anda tidak mempunyai simptom-simpton yang berbahaya seperti di atas, usah khuatir kerana ia merupakan perkara normal yang menjadi sebahagian daripada hidup kita.

Bagaimanakah cara untuk kurangkan floaters?

Anda harus faham bahawa floaters mata ini sebahagian daripada mata kita. Ianya sangat normal dan terjadi kepada semua individu mengikut pertambahan umur.

Apabila floaters ini berlaku, ia akan menghilang dengan sendiri kelak. Otak anda akan sama ada menapis floaters tersebut atau tarikan graviti secara semula jadi akan menurunkannya ke bahagian bawah mata.

Kalau anda terganggu dengan kehadiran eye floaters ini, anda mungkin boleh mencuba tips-tips ini bagi mengurangkannya:

  • Pakai cermin mata hitam ketika berada di luar rumah atau semasa anda terdedah pada matahari. Ia berfungsi untuk menapis dan mengurangkan kejadian eye floaters selaran matahari punca bawah mata hitam

  • Pasang filter pada skrin laptop atau phone jika anda banyak menggunakannya

  • Kurangkan kekuatan cahaya pada peranti elektronik anda

Secara keseluruhan, eye floaters ini normal dan tidak perlu dirisaukan kecuali berlaku simptom-simptom di atas atau perubahan pada jumlah floaters secara drastik.

Jaga kesihatan mata anda sebaik mungkin dan ingat bahawa kebanyakan floaters tidak berisiko.

Bagi memastikan kesihatan mata anda kekal pada tahap yang baik, anda boleh melakukan pemeriksaan mata secara berskala.

Pakar mencadangkan sekiranya anda tidak mempunyai sebarang masalah mata, pemeriksaan kesihatan mata boleh dilakukan setiap 10 tahun.

Bagi orang yang lebih berumur, pemeriksaan harus dilakukan dengan lebih kerap setiap tahun terutamanya bagi mereka yang berumur 60 tahun ke atas.

Sumber: Hello Doktor