Terkini

Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
cara sejukkan kereta
Gambar: TikTok @altimatsaujana

Selalu “Park” Kereta Bawah Cahaya Matahari? Ni Cara Sejukkan Kereta Dengan Cepat

Iqbal Yasir

Selalu “Park” Kereta Bawah Cahaya Matahari? Ni Cara Sejukkan Kereta Dengan Cepat

Sejak kebelakangan ini, cuaca panas kerap melanda di seluruh Malaysia akibat perubahan fasa terakhir Monsun Timur Laut. Disebabkan itu, suhu harian boleh melebihi 35 darjah Celsius.

Bagi pemandu kereta, waktu inilah penghawa dingin atau aircond sangat membantu kerana dapat menyejukkan persekitaran dalam kereta.

Walau bagaimanapun, jika kereta diletakkan di bawah cahaya matahari, sudah tentu udara di dalam kenderaan ibarat ‘mendidih’ akibat terperap, lebih-lebih lagi jika kereta diparkir di tempat tidak berbumbung.

Kalau perasan, apabila pemandu masuk sahaja ke dalam kereta, perkara pertama selepas menghidupkan enjin kenderaan adalah mengaktifkan aircond.

Namun, perasan tak sewaktu anda melakukan cara ini, air di dalam kereta seperti lambat sejuk malah bahang kereta seolah-olah masih ada di dalam kereta?

Sebenarnya ada cara yang betul untuk membuatkan ruang kereta anda lebih cepat sejuk.

Sehubungan itu, SK hari ini akan berkongsikan tip bagaimana nak buatkan bahang dalam kereta anda hilang dengan cepat dan aircond pun sejuk.

Jom ikuti perkongsian pemilik akaun TikTok @altimatsaujana di bawah.

BACA: Boleh Dapat Harga “Special”, Cikgu Sekolah Wajib Tebus Pakej Ni Sebelum Pergi Bercuti

Ini Cara Betul Nak Bahang Panas Dalam Kereta Keluar

Menurut lelaki dalam klip tersebut, terdapat dua cara untuk menghilangkan bahang dalam kereta kerana sesetengah kereta sudah menggunakan panel aircond digital dan ada yang masih menggunakan panel aircond manual.

Panel Aircond Manual

Bagi sebahagian kereta yang masih menggunakan panel aircond manual, cara untuk membuatkan kereta anda cepat sejuk adalah dengan tidak menekan tombol aircond terlebih dahulu.

Namun apa yang perlu dibuat adalah cari simbol udara keluar masuk ke dalam kereta dan tolak ke arah simbol berkenaan.

TikTok @altimatsaujana

Tunggu dalam beberapa minit hingga terasa tiada bahang. Selepas itu hidupkan aircond dan barulah tolak semula ke arah simbol udara dalam kereta.

BACA: Jangan Terlebih & Terkurang, Abang Ni Kongsi Tip Isi Angin Tayar Kereta Dengan Betul

Panel Aircond Digital

Manakala bagi kereta yang sudah menggunakan sistem panel digital, pastikan aircond kereta anda berada dalam keadaan tidak diaktifkan.

Lakukan langkah yang hampir serupa, cari simbol udara keluar masuk ke dalam kereta dan tekan.

Gambar: TikTok @altimatsaujana

Seterusnya, tunggu dalam beberapa minit hingga tiada rasa bahang. Barulah switch on aircond dan tekan semula button udara itu.

Haa, barulah naik je kereta tak terasa mendidih dengan bahang di dalam kereta. Semoga bermanfaat.

Sumber: TikTok @altimatsaujana

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu