Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Selalu Tengok Atlet Pakai Tapi Benda Apa? Kenali Kinesio Tape & Fungsinya Ramai Tak Tahu

Faiz Mustafa
Gambar via Kei B
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Ketika melakukan aktiviti lasak atau sukan lasak, banyak peralatan yang digunakan, antaranya Kinesio Tape untuk meminimumkan kecederaan ketika melakukan aktiviti lasak yang menekan fizikal seseorang itu. Manakan tidak, kita tidak boleh jangka bila kemalangan boleh berlaku.

Dalam pada itu, mungkin tidak semua peralatan itu kita kenali dan tahu fungsinya, seperti Kinesia Tape yang biasa dipakai oleh atlet, terutamanya atlet balapan.

Menerusi Twitter Kei B, beliau berkongsi tujuan dan fungsi ‘Kinesio Tape’ yang sering digunakan oleh ahli sukan di bahagian otot-otot penting seperti lutut, bahagian belakang dan sebagainya.

Namun katanya , fungsi utama pelakat ini bukanlah bertujuan untuk menyokong otot-otot tersebut, tetapi untuk membantu mengurangkan rasa sakit. Bagaimana alat ini boleh kurangkan rasa sakit?

Untuk maklumat yang lebih terperinci, anda boleh ikuti perkongsian yang telah pun kami sertakan di bawah, semoga bermanfaat.

‘Kinesio Tape’ sejenis pita perekat yang digunakan ketika bersukan.

Pernah tengok tak ramai orang pakai benda pelik-pelik dekat badan derang ketika lari atau bersukan. Ni apa? Ada memberi kesan ke? Kalau korang ada masalah tentang plantar fasciitis, shin splints, sakit lutut, jom baca tentang “taping”.

Benda yang korang tengok tu adalah “Kinesio Tape”, sejenis pita perekat yang digunakan ketika bersukan. Namun korang mesti tak tahu bagaimana ianya berfungsi, kerana pita ini bukan hanya digunakan sebagai “support”.

Kinesio taping ni secara umum, memberi beberapa fungsi melegakan rasa sakit di kawasan terkesan, mempercepatkan proses recovery dan meningkatkan awareness untuk mengaktifkan otot.

Bagaimana taping ni membantu mengurangkan kesakitan? Apabila anda melekatkan pita kinesio di bahagian yang cedera, ianya meningkatkan pengaliran darah dan menggalakan pengaliran limfa (lymphatic drainage).

Antara contoh yang paling dramatic seperti di bawah. Fenomena dimana taping di letakkan di bahagian yang terkesan. Ianya membantu pengaliran darah dan bendalir di kawasan yang telah di lekat.

Untuk meningkatkan prestasi, kinesio tape ni meningkatkan kesedaran kepada anda untuk mengaktifkan otot anda selain daripada memberikan support. Fikir macam “Eh, ada benda kat situ, so boleh tarik lebih”.

Kalau korang mengandung, masalah Muskuloskeletal adalah perkara biasa seperti sakit belakang, atau sakit di bahagian pinggul. Taping memberikan support dan boleh mengurangkan rasa lenguh disebabkan oleh perubahan badan anda.

Dalam gambar ni mungkin korang tak sedar yang pasukan Team Pursuit Denmark ni semua ‘cedera’ di bahagian kaki yang sama. Taping juga dikatakan memberikan advantage aero, selain daripada mencukur bulu kaki anda. Marginal gain ftw.

BACA: Dua Individu Tinggal Mayat Kanak-Kanak Akibat Kemalangan Bukan Pasangan Suami Isteri – Polis

BACA JUGA: Kerajaan Teruskan Subsidi Ayam, Harga Siling Jualan Ditetapkan RM 9.40 Sekilo

Sumber: Kei B. (Twitter)