Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Selat Hormuz Hanya Akan Dibuka Semula Mengikut "Aturan Iran"

hormuz
Gambar: AFP

Selat Hormuz Hanya Akan Dibuka Semula Mengikut "Aturan Iran"

Ketua perunding Iran menegaskan bahawa Selat Hormuz hanya akan dibuka semula mengikut "aturan Iran", susulan ketegangan yang memuncak selepas Tehran dan Washington saling melancarkan serangan di Asia Barat.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di platform X pada Khamis, Mohammad Bagher Ghalibaf berkata Amerika Syarikat (AS) masih gagal memahami bahawa pendekatan menggunakan tekanan dan tindakan yang melanggar janji tidak lagi boleh dilakukan tanpa menerima balasan.

"Amerika Syarikat masih belum belajar bahawa membuli dan memungkiri janji tidak lagi datang tanpa akibat," katanya.

Beliau turut memberi amaran bahawa Iran akan bertindak balas terhadap sebarang tindakan ketenteraan yang dilakukan ke atas negara itu.

"Biarlah saya jelaskan, jika anda menyerang, anda juga akan diserang," katanya.

Kenyataan itu dibuat ketika ketegangan antara Iran dan AS terus meningkat selepas kedua-dua pihak saling melancarkan serangan di rantau Asia Barat. Ia sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan laluan perkapalan di Selat Hormuz.

Untuk info, Selat Hormuz merupakan antara laluan perkapalan paling penting di dunia kerana menjadi pintu keluar utama bagi eksport minyak mentah dari negara-negara Teluk ke pasaran antarabangsa.

Sebarang gangguan di laluan strategik itu berpotensi menjejaskan bekalan tenaga global serta mendorong kenaikan harga minyak dunia.

Sumber:AFP