Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Di kala kesibukan menguruskan perniagannya yang makin berkembang, usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming sekali lagi berjaya menurunkan berat badannya pada tahun 2026 ini.
Menerusi satu perkongsian di TikTok, Khairul Aming telah berkongsi satu video yang menunjukkan perubahan fizikalnya selepas setahun.
Menurut usahawan itu, dia berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 24 kilogram selepas berusaha keras untuk kekal ke gim walaupun sibuk dan penat.
Katanya, perubahan itu mampu dicapai hasil daripada penjagaan pemakanan yang sihat serta disiplin untuk terus bersenam secara konsisten.
"Ini hasil selepas turun 24kg dalam masa setahun. Walaupun penat tak rehat dari tahun lepas KA wajibkan pergi gym setiap hari dan jaga makan.
"Bermula dari zaman bina rembayung, rakam video puasa, sampai ke pelancaran Sambal Bilis, tetap makan secara sihat dan bersenam.
"Ni hasil selepas setahun jaga disiplin," katanya di ruangan komen.
Sementara itu, perkongsian tersebut turut memaparkan perubahan fizikal Khairul Aming sepanjang perjalanannya menurunkan berat badan.
Pempengaruh itu turut berkongsi perbandingan keadaan dirinya sebelum dan selepas setahun konsisten bersenam, dengan perubahan pada fizikalnya yang jelas kelihatan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya kagum dengan kesungguhan Khairul Aming dalam usaha menurunkan berat badan.
Malah, ada yang turut berkata Khairul Aming tetap meluangkan masa ditengah kesibukannya menguruskan bisnes maka sibuk bukanlah alasan untuk tidak bersenam.
"Orang sibuk macam ni pun ada masa untuk turunkan berat badan, korang jangan bagi alasan dah," kata @prebetlapok03.
Bagaimanapun, segelintir warganet pula berseloroh, Khairul Aming sibuk menjaga pemakanan, tetapi sambalnya pula membuatkan orang ramai sukar mengawal selera.
"Dia dah keluar makanan baru, dah buka restoran, suruh orang makan jee, pastu dia buat badan. Kitorang semua badan dah berat nak gerak ke gim KA," ujar @azirahadnan17.
Tidak kurang juga yang mengusik bahawa Khairul Aming mungkin sedang menurunkan berat badan sebagai persiapan untuk berkahwin.
"Adui dengan lagu Celine Dion (Love You More) KA guna + preparation macam ni macam persediaan untuk ke hari bahagia je???," seloroh @bonda_sukamakan.
Terdahulu, Khairul Aming juga pernah menurunkan berat badannya sebanyak 20kg pada tahun 2023 selepas dia menerima kesedaran apabila bajunya mula ketat dipakai dan mudah penat ketika berjalan.
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan