Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming (KA) berjaya memecahkan lima rekod ketika pelancaran produk baharunya di Menara Merdeka 118 pada Jumaat.
Menerusi perkongsian di media sosialnya, KA berkata beliau berjaya meraih jualan RM2 juta terpantas dalam 1 minit 51 saat.
Selain itu, beliau juga mencatat jualan tertinggi dalam single livestream iaitu sebanyak RM3.5 juta.
Rekod ketiga adalah kemuncak penonton tertinggi TikTokShop Live iaitu seramai 388,000 orang.
Siaran langsung pada malam tadi turut berjaya meletakkannya dalam kelab 3 juta pertama untuk TikTokShop Malaysia.
Lebih bermakna, beliau juga berjaya melancarkan produk dari lokasi tertinggi di Malaysia, iaitu Menara Merdeka 118.
Ekoran kejayaan ini, KA menzahirkan penghargaan kepada orang ramai yang memberikan kepercayaan kepadanya.
Terima kasih sebab beri kepercayaan kepada produk tempatan kita. KA terhutang budi dengan anda semua," katanya.
Menerusi siaran langsung terbesar itu, beliau juga telah mengumumkan nama lima pemenang yang akan diterbangkan ke Itali pada Oktober depan.
Selain itu, dua lagi pemenang tambahan juga dipilih, menjadikan pemenang keseluruhan untuk percutian itu adalah seramai tujuh orang.
Pembeli yang terpilih juga berpeluang memenangi tiket emas ke restoran KA, Rembayung.
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan