Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dulu Di Kedai Runcit, Kini Khairul Aming Bakal Lancar Produk Di Merdeka 118

Khairul Aming
Kredit: Khairul Aming

Dulu Di Kedai Runcit, Kini Khairul Aming Bakal Lancar Produk Di Merdeka 118

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming (KA), mencipta sejarah tersendiri apabila bakal melancarkan produk baharunya di puncak Merdeka 118.

Menerusi hantaran di media sosialnya, KA berkata majlis pelancaran Sambal Nyet Bilis akan bersiaran langsung dari mercu tanda tertinggi di Malaysia dan kedua tertinggi di dunia itu.

"Selepas sekian lama rahsia disimpan, KA nak umumkan yang majlis pelancaran untuk Sambal Nyet Bilis pada Jumaat ini akan dibuat di puncak Merdeka 118.

"Ini akan menjadi siaran langsung terbesar yang KA pernah buat," katanya.

Menurutnya lagi, konsep kemerdekaan dipilih untuk siaran langsung tersebut bagi mengimbau dan meraikan jasa-jasa pejuang yang memberikan kemerdekaan untuk tanah air.

KA turut meluahkan rasa terharu kerana sudah mencapai kejayaan hingga ke tahap ini.

"Menitik air mata edit video ni mengenangkan penat lelah berusaha dari dulu lagi.

"Enam tahun lepas botol Sambal Nyet yang pertama dilancarkan di satu kedai runcit tepi jalan dan untuk sambal yang kedua kita akan lancarkan dari puncak tertinggi negara," katanya.

Beliau juga menyatakan penghargaan kepada semua pembeli dan peminat yang menyokongnya selama ini.

"Terima kasih kepada anda semua yang memberi kepercayaan kepada produk-produk tempatan kita," ujarnya.

Intipati
  • Khairul Aming bakal melancarkan Sambal Nyet Bilis dari puncak Merdeka 118.
  • Majlis pelancaran itu akan disiarkan secara langsung pada Jumaat ini.
  • Beliau berkata konsep kemerdekaan dipilih bagi meraikan jasa pejuang tanah air.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan