Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Seluruh Negara Dipenuhi Zon Merah Kecuali Di Sarawak Yang Masih Ada Zon Hijau” – KKM

Gambar: Bernama

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi ciapannya di Twitter telah berkongsikan taburan kes positif Covid-19 mengikut daerah di Malaysia.

Menurut ciapan tersebut, KKM menyatakan bahawa seluruh negara kini dipenuhi dengan zon merah kecuali Sarawak yang masih ada daerah 9 berada dalam zon hijau.

Menerusi data grafik yang dikeluarkan KKM, daerah Mukah, Lundu, Lawas, Tatau, Bau, Daro, Matu, Song, dan Saratok adalah merupakan daerah yang masih kekal zon hijau di Malaysia.

Dalam pada itu, PKP yang dilaksanakan di Selangor, seluruh WP, Johor, Pulau Pinang, Sabah, Melaka dan Kelantan dilanjutkan sehingga 4 Februari. Perkara itu juga dimaklumkan menerusi sidang media Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri semalam.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia