Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sembilan Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini

hujan lebat petang
Kredit: Bernama

Sembilan Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri sehingga jam 5 petang ini.

Menurut kenyataan, beberapa daerah di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah serta seluruh negeri Johor.

"Di Perak, beberapa daerah diramal hujan seperti Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim. Manakala di Kelantan hanya di Jeli.

"Sementara di Terengganu pula melibatkan kawasan Besut, Setiu, Hulu Terengganu dan Kemaman. Di Pahang, kawasan yang diramal hujan adalah Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub.

"Selangor pula hanya di daerah Hulu Selangor. Di Negeri Sembilan hanya tiga daerah diramal hujan seperti Seremban, Kuala Pilah dan Rembau.

"Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu, Miri (Subis dan Beluru) dan Limbang (Lawas).

"Di Sabah, ia melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang dan Tambunan) dan Pantai Barat," maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.