Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di sembilan negeri sehingga jam 4 petang ini.
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, dan seluruh kawasan di negeri Perlis serta Pulau Pinang.
"Di Kedah, kawasan yang diramal hujan adalah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Sik, Padang Terap, Pokok Sena, Pendang, Yan dan Kuala Muda. Manakala di Kelantan hanya daerah Gua Musang.
"Di Terengganu pula termasuk Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu. Selain itu di Pahang pula termasuk Lipis, Jerantut dan Kuantan.
"Di Negeri Sembilan pula melibatkan kawasan Port Dickson dan Johor di Tangkak, Muar dan Batu Pahat.
"Beralih ke Sarawak, kawasan yang diiramal hujan adalah Miri (Miri, Subis, Beluru dan Marudi), Limbang," maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.