Utama

Politik

Politik

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Senarai 32 Smart Lane Diaktifkan Di Lebuhraya PLUS Sempena Tahun Baharu Cina
Tinggal lebih seminggu sahaja lagi, masyarakat Cina akan menyambut ketibaan Tahun Baharu Cina.
Cuti selama dua hari memberi peluang kepada orang ramai termasuk dari kaum lain untuk pulang ke kampung atau pergi berjalan-jalan bersama keluarga. Justeru, trafik di lebuh raya pastinya akan sesak.
Baru-baru ini, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memaklumkan bahawa sebanyak 32 Smart Lane akan diaktifkan di lebuh raya tumpuan bagi melancarkan pergerakan trafik.
Menerusi satu kenyataan, PLUS juga mengingatkan pengguna agar mematuhi arahan lalu lintas.
"Bagi menguruskan trafik yang efisien sempena musim perayaan akan datang, PLUS akan mengaktifkan laluan Smart Lane di 32 lokasi tumpuan trafik di lebuh raya bagi melancarkan pergerakan trafik.
"PLUS juga ingin mengingatkan pengguna agar mematuhi arahan lalu lintas, memandu secara berhemah ketika menggunakan Smart Lane serta tidak menggunakan lorong kecemasan di luar lokasi pengaktifan Smart Lane," katanya.
Wilayah Utara
Bertam hingga Sg. Dua (KM120.6 hingga KM128.0 Arah Selatan)
Bukit Tambun hingga Plaza Tol Juru (KM150.4 hingga KM146.4 arah Utara)
Hentian Sebelah Sg. Bakap hingga Jawi (KM159.3 hingga 162.7 arah Selatan)
Changkat Jering hingga Hentian Sebelah Taiping (Utara) (KM303.2 hingga KM297.0 arah Utara)
Ipoh Selatan hingga Simpang Pulai (Arah Selatan) (KM279.8-KM286.7)
Wilayah Selatan
Port Dickson hingga Seremban (KM259.6 hingga KM263.1 arah Utara)
Ayer Keroh hingga Hentian Sebelah Kg. Bemban (KM194.5 hingga KM184.0 arah Selatan)
Senai hingga Kulai (KM19.0 hingga KM27.0 arah Utara)
Dato' Onn hingga Pasir Gudang (KM4.5 hingga KM1.9 arah Selatan)
Pandan hingga Kempas (KM0.4 hingga KM6.0 arah Utara)
Pedas Linggi hingga Senawang (KM244 hingga KM248.5 arah Utara)
Tangkak hingga Jasin (KM174 hingga KM180.2 arah Utara)
Simpang Ampat hingga Pedas Linggi (KM230.0 hingga KM235.0 arah Utara)
Wilayah Tengah
Gua Tempurung hingga Gopeng (KM303.2 hingga KM297.0 arah Utara)
Gopeng hingga Tapah (KM308.0 hingga KM312.0 arah Selatan)
Slim River hingga Sungkai (KM367.3 hingga KM354.0 arah Selatan)
Sungkai hingga Slim River (KM354.0 hingga KM356.0 arah Selatan)
Kawasan Rehat & Rawat Rawang Hingga Sg. Buaya (KM439.5 hingga KM435.5 arah Utara)
Hentian Sebelah Rawang hingga Rawang (KM437.1 hingga KM443.3 arah Selatan)
Bukit Beruntung hingga Sg Buaya (KM429.0 hingga KM434.0 SB)
Setia Alam hingga Shah Alam (KM4.3 hingga KM8.1 arah Utara)
Shah Alam hingga Setia Alam (KM8.4 hingga KM7.0 arah Selatan)
Susur keluar Petron, NKVE hingga Subang (KM11.2 hingga KM13.3 arah Utara)
Nilai hingga Kawasan Rehat & Rawat Seremban (KM280.0 hingga KM276.0 arah Selatan)
Putra Mahkota hingga Southville (KM289.4 hingga KM292.6 arah Utara)
Southville hingga Putra Mahkota (KM289.5 hingga KM293.5 arah Selatan)
Restoran Jejantas USJ hingga Seafield (KM8.2 hingga KM5.4 arah Utara)
Bandar Saujana Putra hingga Putra Heights (KM16.3 hingga KM13.2 arah Utara)
Putra Heights hingga Bandar Saujana Putra (KM13.8 hingga KM15.7 arah Selatan)
Lingkaran Putrajaya (KM P3.0 hingga KM4.0 arah Timur)
Ebor (S) hingga Shah Alam (KM4.6 hingga KM4.0 arah Utara)
Kawasan Rehat & Rawat Dengkil hingga Putrajaya (KM22.9 hingga KM21.0 arah Utara)

Sementara itu, PLUS juga menjangkakan peningkatan trafik sehingga 2.2 juta kenderaan sehari pada hari-hari puncak di rangkaian lebuh rayanya sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina.
Ia merupakan peningkatan hampir 16 peratus pada hari-hari biasa di rangkaian Lebuhraya PLUS.
"Jangkaan hari-hari puncak di Lebuhraya PLUS adalah pada 12,13 dan 14 Februari 2026 bagi perjalanan keluar dari Lembah Klang serta 20, 21 dan 22 Februari 2026 bagi perjalana kembali semula ke ibu kota," katanya.