Tidak lama lagi semua umat Islam akan menyambut bulan Ramadan yang mulia, setiap kebaikan akan diberikan ganjaran berlipat kali ganda. Ia adalah detik paling dinanti-nantikan kita semua untuk melakukan pelbagai aktiviti ibadah yang paling dirindui.
Selain solat terawih dan aktiviti ibadah yang lain, benda paling dinanti-nantikan juga sudah pasti bazar Ramadan yang menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli juadah berbuka.
Namun, seperti yang kita tahu, negara masih lagi dibelenggu dengan virus Covid-19, justeru ada SOP yang perlu kita patuhi demi keselamatan diri masing-masing.
Walau bagaimanapun, sesuai dengan pengumuman yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia, pada tahun ini bazar Ramadan dibenarkan beroperasi dengan SOP yang disediakan.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim berkata, sebanyak 72 lokasi bazar Ramadan membabitkan 5,000 gerai akan beroperasi di sekitar ibu kota sepanjang bulan Ramadan yang dijangka bermula Ahad ini.
Menurutnya dalam sebuah kenyataan yang dibuat sebentar tadi, pengoperasian bazar Ramadan itu bermula sekitar 3 petang hingga 8 malam.
“Walaupun selepas 1 April kita telah masuk fasa peralihan ke endemik, kita mahu mengingatkan masyarakat agar sentiasa menjaga penjarakan dan SOP (prosedur operasi standard) lain, ” katanya kepada pemberita ketika melawat tapak penyusunan penjaja di Jalan Dungun dan Jalan Gelenggang di sini hari ini.
Lokasi bazar Ramadan di Selangor
Bagi mereka yang berada di sekitar Selangor pula, berikut kami kongsikan senarai lokasi bazar Ramadan yang akan beroperasi pada tahun 2022. (*akan dikemaskini dari semasa ke semasa).
Lokasi tapak bazar adalah seperti berikut:
1. Petaling Jaya
Taman Medan PJS 2/3
Taman Sri Manja PJS 1/30
Kg Lindungan PJS 6/3
Desa Mentari PJS 6/5
SS 6/1, Kelana Jaya
SS 8, Sg Way
Seksyen 17/1A
Seksyen 14/27
Kg Baiduri, Seksyen 51A
Seksyen 8, Sg Jernih
Kg Sg Kayu Ara
Lembah Subang
Seksyen 4 Kota Damansara
Apartment Meranti, Bandar Sri Damansara
Apartment Vista, Damansara Damai
Prima Damansara
Jalan Kenyalang 11/1, Kota Damansara
Seksyen 3, Jalan Sentosa
Jalan Teknologi 3/1, Kota Damansara

2. Subang Jaya
USJ 4, Subang Jaya (Jalan USJ 4/5) – 140
USJ 7, Subang Jaya (di hadapan Gerai Majlis USJ 7) – 60
USJ 1, Subang Jaya (Pangsapuri Angsana – bersebelahan surau) – 30
Pinggiran USJ (Jalan Pinggiran USJ 1/1) – 30
Batu 3, Shah Alam (Bersebelahan Tapak Pasar Malam Lama Batu 3) – 20
SS 19, Subang Jaya (Bersebelahan Shell) – 20

3. Puchong
Putra Heights (tepi Jalan Petaling berhampiran Pangsapuri Sri Mutiara) – 40
Taman Puchong Perdana (Jalan Perdana 2) – 120
Taman Wawasan, Pusat Bandar Puchong (Jalan Wawasan 2/22) – 15
Taman Puchong Prima (Jalan Prima 5/1) – 40
Dataran Niaga Puchong Permai (Persiaran Puchong Permai) – 50
Taman Puchong Utama (Jalan PU 7/2) – 50
Bandar Bukit Puchong (Jalan BP 7) – 56

4. Kinrara
Bandar Kinrara 5 (Jalan BK 5A/1) – 160
Taman Tenaga (Tapak Letak Kereta, Jalan Cenuk 1) – 20

5. Serdang/ Seri Kembangan
Taman Seri Serdang (Jalan 18/35) – 180
Taman Equine(Jalan PP 1B) – 120
Taman Puncak Jalil (Jalan PUJ 3/1) – 100

BACA JUGA: 72 Lokasi Bazar Ramadan Beroperasi Di KL Mulai Ahad Ini
Sumber: Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Subang Jaya
