Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Senarai Kawasan 14 Negeri Dilanda Ribut Petir Hingga Malam Ini

Nur Syahirah Zainoor Hisham
Kredit: Pixabay

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan Semenanjung, Sabah, Sarawak dan juga Wilayah Persekutuan yang bakal melanda sehingga 7 malam ini.

Antara negeri yang terlibat di Semenanjung sehingga 9.00 malam hari ini ialah Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan), Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim), Kelantan (Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang), Terengganu (Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Raub, Jerantut, Bentong, Kuantan dan Rompin).

Bagi bahagian tengah dan selatan Semenanjung Malaysia, antara kawasan yang terlibat adalah Selangor, Negeri Sembilan (Seremban, Rembau dan Tampin), Melaka, Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) termasuklah WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya.

Seterusnya, kawasan yang akan dilanda ribut petir dan hujan lebat di Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong (Betong), Sibu (Selangau), Mukah, Kapit (Belaga), Bintulu, Miri dan Limbang, Sabah: Pedalaman (Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu) termasuklah WP Labuan.

Sumber: MET Malaysia via Twitter