Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sensodyne 2-in-1 Clinical White Dilancarkan Di Malaysia

Syamimi
SENSODYNE

Sensodyne 2-in-1 Clinical White Dilancarkan Di Malaysia

Haleon Malaysia hari ini melancarkan Sensodyne Clinical White, ubat gigi dwi-tindakan yang terbukti secara klinikal memberikan kesan pemutihan ketara di samping menawarkan perlindungan berterusan untuk gigi sensitif.

Majlis pelancaran yang berlangsung di Edenmill by Metal Bees ini dihadiri kira-kira 60 pempengaruh (KOL) serta komuniti pengguna pendapat utama (KOC) Watsons untuk sebuah pengalaman yang imersif dan berasaskan sains.

Selaras dengan tema kempen “Tiada Kompromi dengan Sensodyne Clinical White”, pelancaran ini menampilkan Sensodyne Clinical White sebagai inovasi pemutihan berasaskan sains yang menitikberatkan kesihatan mulut, dan bukan sekadar penyelesaian kosmetik yang bersifat sementara.

Bagi merealisasikan matlamat ini, acara tersebut turut menampilkan sesi interaktif yang meneroka “peranan sains dalam bidang kecantikan” serta stesen pengalaman yang menunjukkan manfaat dwi-tindakan produk berkenaan.

Antara tarikan utama termasuk demonstrasi secara langsung penyingkiran kesan kotoran yang sering dialami rakyat Malaysia seperti kopi, serta aktiviti imersif Discover Bar pempengaruh yang menunjukkan bagaimana Sensodyne Clinical White memutih secara berkesan sambil melindungi enamel (lapisan luar gigi).

Menangani Dilema Pemutihan Gigi dengan Perlindungan yang Terbukti Secara Klinikal dan Hasil Ketara

Pemutihan gigi kini menjadi aspek penting dalam meningkatkan penampilan, keyakinan diri dan interaksi sosial. Namun, ramai pengguna masih tidak menyedari bahawa sesetengah ubat gigi dan rawatan pemutihan boleh meningkatkan risiko sensitiviti atau memberi tekanan tambahan kepada enamel, yang boleh menyebabkan ketidakselesaan atau masalah kesihatan mulut dalam jangka panjang.

Pada masa sama, individu yang sedang mengalami masalah gigi sensitif sering berasa ragu untuk mencuba produk pemutihan gigi kerana bimbang keadaan mereka akan bertambah teruk, menghindari mereka daripada mendapat senyuman yang diidamkan.

Situasi ini menimbulkan dilema dalam kategori ini, di mana sebahagian penghidap gigi sensitif bimbang akan peningkatan ketidakselesaan, manakala sebahagian lagi ingin memutihkan gigi tetapi secara tidak sedar terdedah kepada risiko akibat kurang memahami kesan jangka panjang.

Dilema ini amat ketara di Malaysia, di mana kajian Kantar pada tahun 2025 mendapati bahawa isu sensitiviti dan pemutihan gigi merupakan antara kebimbangan utama dalam penjagaan mulut. Kajian tersebut mendedahkan bahawa 58% orang dewasa di Malaysia mengalami masalah gigi sensitif, manakala hampir 39% melaporkan masalah gigi kekuningan.

Daripada jumlah itu, 44% individu yang mengalami masalah gigi sensitif turut mengadu isu seperti gigi kotor, kekuningan atau berubah warna, menunjukkan bagaimana kebimbangan ini sering dialami serentak oleh ramai pengguna.

Pemutihan Lebih Sempurna: Tiada Kompromi dengan Sensodyne Clinical White

Sensodyne Clinical White menangani dilema ini melalui formulasi dwi-tindakan yang direka untuk memutihkan secara berkesan sambil melindungi enamel.

Apabila digunakan dua kali sehari, ia mampu menjadikan gigi dua tona lebih putih selepas 8 minggu, selain menawarkan perlindungan sensitiviti 24/7. Formulasi ini juga selamat untuk enamel, menjadikannya pilihan sesuai bagi individu yang ingin memiliki senyuman lebih menawan tanpa menjejaskan keselesaan.

Sensodyne Clinical White hadir dengan dua varian khusus yang memenuhi keperluan pemutihan dan sensitiviti berbeza. Bagi individu yang mengalami sensitiviti dan bimbang terhadap kesan kotoran daripada kopi, teh atau tembakau, Sensodyne Clinical White Stain Protector merupakan pilihan ideal. Berbeza dengan ubat gigi pemutih biasa, ia tujuh kali ganda lebih berkesan menanggalkan kotoran apabila digunakan dua kali sehari.

Bagi individu yang merancang untuk menjalani rawatan pemutihan, Sensodyne Clinical White Enamel Strengthening direka untuk memberikan sokongan tambahan.

Apabila digunakan dua minggu sebelum, semasa dan selepas rawatan pemutihan, ia membantu meningkatkan perlindungan sensitiviti di sepanjang proses pemutihan tersebut. Formulasi lelasan rendah yang selamat untuk enamel membolehkan pengguna memutihkan gigi dengan lebih yakin, sambil memastikan perlindungan berterusan.

Sempena pelancaran tersebut, Encik Neelesh Suryavanshee, Pengurus Besar Haleon Malaysia, Singapura & Brunei berkata, “Di Haleon, tujuan kami adalah untuk menyampaikan kesihatan harian dengan nilai kemanusiaan.

Hari ini menandakan satu detik penting bagi Sensodyne apabila kami memperkenalkan pendekatan baharu terhadap pemutihan gigi bagi individu yang mempunyai gigi sensitif. Bagi ramai pengguna, proses pemutihan sering dilihat sebagai pilihan yang sukar antara mendapatkan senyuman yang lebih cerah dan mengekalkan keselesaan harian.

Pada masa yang sama, sesetengah pengguna mungkin tidak menyedari bahawa rawatan pemutihan tertentu boleh meningkatkan kebarangkalian sensitiviti dari semasa ke semasa.

Sensodyne Clinical White direka untuk menangani dilema ini dengan menawarkan pemutihan yang berkesan serta perlindungan sensitiviti 24/7, menggunakan teknologi rendah lelasan yang selamat untuk enamel. Ia mencerminkan komitmen kami terhadap inovasi berasaskan sains yang memenuhi keperluan kesihatan oral sebenar, sekali gus memberikan keyakinan kepada pengguna tanpa kompromi.”

Pemutihan Boleh Meningkatkan Risiko Sensitiviti Gigi

Sensitiviti gigi berlaku apabila enamel (lapisan luar gigi) terhakis, mendedahkan dentin dan menyebabkan rasa ngilu akibat rangsangan biasa seperti makanan dan minuman panas atau sejuk.

Banyak bahan pemutih termasuk ubat gigi boleh memburukkan lagi keadaan ini kerana penggunaan bahan pelelas yang mempercepatkan hakisan enamel, menyebabkan sensitiviti semakin bertambah.

Selaras dengan trend pemutihan yang semakin meningkat, pakar pergigian menekankan kepentingan memilih ubat gigi lelasan rendah. Kini, pemutihan gigi boleh dicapai melalui formulasi mesra enamel yang menanggalkan kotoran dengan lembut, sekali gus membantu mencegah pembentukan kotoran baharu.

Pada masa sama, mineral seperti fluorida membantu menguatkan enamel, manakala bahan seperti potassium nitrate membantu melegakan serta melindungi daripada sensitiviti.

Secara keseluruhannya, gabungan ini menyokong senyuman yang lebih menawan sambil memastikan pengguna kekal selesa setiap hari. Ia menunjukkan bahawa pemutihan gigi tidak hanya tertumpu kepada hasil yang dapat dilihat semata-mata, tetapi juga memastikan gigi kekal kuat dan sihat sepanjang masa.

Bercakap pada majlis pelancaran, Pakar Pergigian Estetik, Dr Dylan Ong menegaskan bahawa sesetengah ubat gigi pemutih boleh menyumbang kepada sensitiviti, terutamanya apabila enamel terhakis semasa proses tersebut.

“Ramai beranggapan bahawa mereka perlu menanggung sensitiviti sepanjang umur mereka, atau rawatan pemutihan akan memburukkan lagi masalah itu,” ujar Dr Dylan. “Apa yang sering kami perhatikan ialah terdapat ubat gigi atau rawatan pemutihan tertentu boleh meningkatkan sensitiviti, terutamanya jika terlalu melelas atau digunakan secara berlebihan tanpa disedari.

Oleh kerana sensitiviti berkait rapat dengan kesihatan enamel, apabila lapisan ini terhakis, rangsangan biasa seperti minuman dan makanan panas atau sejuk boleh menyebabkan ketidakselesaan, dan ia boleh menjadi semakin teruk jika tidak diurus dengan baik. Justeru, penting untuk pengguna memilih produk ubat gigi pemutih yang menyokong perlindungan enamel sambil menguruskan sensitiviti gigi,” tambah beliau lagi.

Dengan menggabungkan keupayaan menanggalkan kotoran yang terbukti berkesan serta teknologi perlindungan enamel, Haleon menetapkan penanda aras baharu untuk pemutihan gigi harian, memberikan keyakinan dan keselesaan yang berpanjangan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Sensodyne Clinical White, sila layari laman sesawang Sensodyne Malaysia di https://www.sensodyne.com.my