Terkini

AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Sentuhan Seni Artjamila Dalam Kempen Syawal CARiNG Pharmacy Bawa Mesej Kesedaran Dan Inklusiviti
Gambar Hiasan
Tiada Kategori

Sentuhan Seni Artjamila Dalam Kempen Syawal CARiNG Pharmacy Bawa Mesej Kesedaran Dan Inklusiviti

Siti Sakinah

Sentuhan Seni Artjamila Dalam Kempen Syawal CARiNG Pharmacy Bawa Mesej Kesedaran Dan Inklusiviti

SHAH ALAM, 27 FEBRUARI 2025 – Berinspirasikan semangat Aidilfitri, CARiNG Pharmacy (CARiNG) mempersembahkan kempen bermakna, “Syawal di Hati, Kenangan Abadi,” hasil kolaborasi bersama artis autistik Malaysia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, Wan Jamila Wan Shaiful Bahri atau lebih dikenali sebagai ARTJAMILA. Terkenal dengan karya seni yang ekspresif dan penuh warna, ARTJAMILA membawa sentuhan kreatifnya menerusi rekaan eksklusif sampul duit raya edisi terhad diberi nama “The Joy of Raya.” Kolaborasi ini bukan sekadar meraikan seni, tetapi juga menyampaikan mesej inklusiviti serta meningkatkan kesedaran mengenai autisme.

Lebih daripada sekadar inisiatif perayaan, kempen ini mencerminkan komitmen CARiNG dalam mengetengahkan bakat tempatan serta memupuk pemahaman yang lebih mendalam mengenai kepelbagaian neuro. Dengan menampilkan hasil karya ARTJAMILA, CARiNG berharap dapat mencetuskan perbincangan tentang sumbangan berharga individu neurodivergent sambil meraikan semangat kebersamaan.

“Sebagai jenama yang menitikberatkan keterlibatan komuniti, CARiNG Pharmacy berbesar hati dapat bekerjasama dengan ARTJAMILA. Kami telah merancang kempen ini dengan teliti bagi memastikan karya seni beliau disampaikan dengan penuh keaslian, seiring dengan matlamat kami untuk menghargai serta mengangkat bakat neurodivergent,” menurut kenyataan daripada CARiNG Pharmacy.

ARTJAMILA turut berkongsi keterujaannya terhadap kolaborasi ini, “Saya amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan CARiNG Pharmacy kerana kempen ini memberi peluang untuk saya berkongsi seni dan kisah saya dengan lebih ramai orang. Saya berharap karya saya dapat menginspirasikan masyarakat serta meningkatkan kesedaran tentang kepelbagaian, kreativiti, dan keindahan inklusiviti.”

Selain daripada sampul duit raya, CARiNG turut merancang pelbagai inisiatif lain dalam masa terdekat, termasuk program pendidikan, aktiviti interaktif, serta promosi istimewa—selari dengan empat teras utama kempen “Syawal di Hati, Kenangan Abadi.” Teras ini merangkumi sumbangan kepada komuniti, gaya hidup sihat, kepentingan penjagaan diri, serta memenuhi keperluan perayaan. CARiNG komited untuk terus bekerjasama dengan individu dari pelbagai latar belakang bagi memastikan impak sosial yang lebih bermakna.

Bagi menyemarakkan lagi kemeriahan Aidilfitri, CARiNG bersama Georgetown Pharmacy dan Wellings Pharmacy akan menganjurkan jualan istimewa ‘Syawal di Hati, Kenangan Abadi‘ Riang Ria Raya Sale dari 7 Mac hingga 7 April 2025. Pelbagai tawaran menarik menanti pelanggan, dan mereka yang berbelanja RM30 ke atas dalam tempoh ini akan menerima sampul duit raya edisi terhad secara percuma, menjadikan persiapan perayaan lebih bermakna.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi CARiNG serta saluran media sosial rasmi di Facebook, Instagram, TikTok, dan X.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ARTJAMILA, sila kunjungi laman web dan akaun media sosial rasmi beliau di Facebook, Instagram, dan X.