Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
tumpahan bahan kimia bomba
Gambar: Bernama

Seorang Pengsan, 16 Alami Pening Dan Pedih Mata Akibat Tumpahan Kimia

Azizah Najib

Seorang Pengsan, 16 Alami Pening dan Pedih Mata Akibat Tumpahan Kimia

SUNGAI PETANI, 28 Jun (Bernama) — Seorang pekerja di sebuah kilang menghasilkan produk berasaskan getah pengsan manakala 16 lagi rakan sekerjanya mengalami gejala pedih mata dan pening dipercayai akibat tumpahan kimia di Bakar Arang dekat sini, petang semalam.

Komander Operasi Kanan Penolong Penguasa Bomba Fauzi Shuib berkata Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada 3.04 petang memaklumkan berlaku tumpahan bahan kimia sodium hypochlorite.

“PGO Kedah telah mengarahkan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani ke lokasi kejadian… setibanya di lokasi kejadian didapati berlaku tumpahan bahan kimia di kilang berkenaan.

BACA: Tumpahan Minyak Akibat Pelanggaran Kapal, JAS Pantau Perairan Pengerang

“Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, mangsa yang pengsan telah dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) oleh pihak kilang manakala mangsa lain yang mengalami gejala pedih mata dihantar ke klinik berdekatan dan HSAH untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, tumpahan kimia sodium hypochlorite dianggarkan sebanyak 60 liter dan tindakan nyahcemar dilakukan di lokasi kejadian menggunakan air.

“Penggunaan kertas litmus digunakan bagi mengesan bacaan asid dan didapati dalam keadaan normal.

“Pada 5.23 petang, dilaporkan sebanyak tujuh lagi mangsa telah dibawa ke hospital oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) bagi pemeriksaan susulan,” katanya.

Fauzi berkata kerja-kerja overhaul telah dilakukan di lokasi sehingga tiada lagi unsur bahaya dan operasi tamat sepenuhnya pada 5.48 petang semalam.

Sumber: Bernama

BACA: Curi RM24.2 Juta: Pemegang Akaun Terjejas Perlu Dapat Bayaran Balik Segera – BNM

BACA: Kerajaan Setuju Lulus Peruntukan Projek Penyaluran Air Ke Empangan Bukit Merah – PM