Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Separuh Badan Mayat Lelaki Ditemui, Dipercayai Dibaham Buaya Ketika Memancing

Mayat seorang lelaki ditemui separuh badan tanpa kedua belah kaki dan tangan dipercayai dibaham buaya di Sungai Kaumpang Tawau.

Penolong Kanan Penguasa Bomba dan Penyelamat Tawau Sharudy Delamin ketika dihubungi berkata, mangsa dikenali sebagai Binyojinnul Umur, 36 tahun ditemukan kira-kira jam 10.20 pagi tadi.

Sebelum ini, mangsa dilaporkan hilang pada petang semalam ketika memancing di sungai berkenaan.

Kemudiannya mayat mangsa ditemukan di muara anak sungai berkenaan kira-kira 600 meter dari lokasi dia dikatakan hilang.

Mayat mangsa terus diserahkan pada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Sumber : Sinar Harian