Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sepatutnya 9 Mac, Persidangan Dewan Rakyat Ditangguh Ke 18 Mei 2020

Persidangan Dewan Rakyat yang dijadualkan akan berlangsung pada 9 Mac ini, ditangguhkan ke 18 Mei.

Iklan

Mengambil kenyataan daripada Astro Awani, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mengesahkan perkara berkenaan selepas pihaknya menerima pemakluman daripada Pejabat Perdana Menteri.

”Tiada persidangan Dewan Rakyat pada 9 Mac.

“Tarikh baru Istiadat Pembukaan Parlimen ialah 18 Mei, 2020,” katanya seperti memetik sumber.

Kenyataan media dan pemakluman rasmi oleh parlimen akan menyusul.

Sebelum ini, sidang Dewan Rakyat bagi penggal ketiga Parlimen ditetapkan pada 9 Mac depan.

Sumber: Awani