Utama

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Sepertiga Penduduk Gaza Tidak Makan Beberapa Hari Akibat Sekatan Israel – WFP
Krisis kebuluran di Gaza semakin membimbangkan apabila sepertiga daripada penduduk wilayah itu dilaporkan tidak makan selama beberapa hari berturut-turut.
Perkara ini dinyatakan oleh Program Makanan Sedunia (WFP) yang menyifatkan situasi tersebut berpunca daripada sekatan berterusan oleh Israel.
Menurut Pengarah Kesiapsiagaan dan Tindak Balas Kecemasan WFP, Ross Smith, situasi di Gaza telah mencapai tahap yang sangat membimbangkan dan menyayat hati.
“Krisis kelaparan di Gaza kini berada pada tahap yang luar biasa dan terdesak, dengan sepertiga penduduk tidak makan selama beberapa hari berturut-turut,” katanya.
WFP turut menganggarkan bahawa satu perempat daripada penduduk Gaza kini berada dalam keadaan yang menyerupai kebuluran.
Difahamkan, seramai 100,000 wanita dan kanak-kanak sedang mengalami kekurangan zat makanan yang serius.
Sejak 2 Mac lalu, Israel telah menutup sepenuhnya semua laluan masuk ke Gaza, menyebabkan bekalan makanan, ubat-ubatan dan bantuan kemanusiaan tidak dapat disalurkan ke wilayah tersebut.
Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan bahawa dasar kelaparan yang disengajakan oleh Israel sejak Oktober 2023 telah meragut nyawa 86 rakyat Palestin.
Daripada jumlah itu, seramai 76 mangsa adalah kanak-kanak yang meninggal dunia akibat kebuluran dan kekurangan zat makanan yang kronik.
BACA: Sedia Bekalan Makanan Untuk Gaza, UNRWA Gesa Pintu Sempadan Dibuka
BACA: Sepanyol Buka Siasatan Jenayah Perang Terhadap Netanyahu
BACA: Politik Israel Goyah, Netanyahu Didakwa Hilang Majoriti
Sumber: Anadolu Ajansı