Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Seramai 175 Aktivis Termasuk 10 Rakyat Malaysia Diculik & Dibawa Ke Israel - KP SNCC

Sofea
Seramai 175 Aktivis
Kredit: Bernama

Seramai 175 Aktivis Termasuk 10 Rakyat Malaysia Diculik & Dibawa Ke Israel - KP SNCC

Sumud Nusantara Command Center (SNCC) mengesahkan seramai 175 orang aktivis termasuk 10 rakyat Malaysia telah diculik dan dibawa ke Israel menggunakan kapal laut.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pengarah SNCC, Datuk Sani Araby Datuk Alim Araby dalam kenyataaan terbaru.

Menurutnya lagi, setakat jam 7 malam waktu Malaysia, status kapal Tam Tam tidak dipintas tetapi telah dirosakkan oleh pihak Israel.

Namun kesemua aktivitis yang berada di dalam kapal itu dalam keadaan selamat.

"Hal ini menjadikan jumlah keseluruhan kapal yang disahkan dipintas adalah sebanyak 21 kapal ketika kira-kira 80 batu nautika menghampiri perairan Greece.

"SNCC turut mengesahkan bahawa terdapat kira-kira 30 buah kapal tidak ditahan dan meneruskan pelayaran serta selamat menghampiri perairan Greece," katanya.

Dalam pada itu, beliau telah menghubungi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menyatakan sokongan penuh bagi memudah cara proses membawa keluar rakyat Malaysia serta mengecam tindakan Israel yang mencabul undang-undang maritim antarabangsa.

"Perdana Menteri turut memaklumkan beliau akan berusaha berhubung dengan rakan sejawatan dari negara Eropah, Turki dan negara serantau bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia terjamin serta mengusahakan pembebasan mereka secepat mungkin," katanya.