Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Serangan Makin Mendekat, Tentera Rusia Sudah Berada Kira-Kira 32KM Dari Kyiv

Gambar: CNN, The Week

Terkini, melalui hantaran Twitter @The Spectator Index, pasukan ketenteraan Rusia telah memasuki Ukraine malalui Belarus kira-kira 20 batu (32 kilometer) dari Kyiv. Hal ini disampaikan pegawai tertinggi, Biden kepada Ahli Parlimen Dewan dalam satu taklimat.

Para pegawai menyifatkan ‘gerakan’ itu dibuat dengan matlamat mengepung bandar Ukraine serta berpotensi menjatuhkan negara berkenaan.

Dalam satu artikel lain, CNN melaporkan, pergerakan kenderaan yang banyak berada berhampiran sempadan Ukraine-Belarus, dan imej itu dapat dilihat melalui satelit Capella Space.

Imej itu dikatakan dirakam pada 9.57pm waktu Kyiv pada Khamis menunjukkan barisan kenderaan melalui kawasan pantai selatan Sungai Pripyat.

Lokasi ini dikatakan jauh di Rizab Radiokologi Negeri Palieski, yang merupakan sebahagian daripada zon pengecualian Chernobyl.

Sumber: The Spectator Index, CNN