Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Serpihan Daripada Dron Yang Dipintas Cederakan Dua Orang Di Dubai
DUBAI, 1 Mac (Bernama-WAM) -- Dua orang cedera selepas serpihan daripada dron yang dipintas oleh pertahanan udara Emiriah Arab Bersatu (UAE) terjatuh ke dalam pekarangan dua rumah di Dubai, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).
Individu yang cedera menerima rawatan perubatan yang diperlukan.
Pihak berkuasa turut menjelaskan bahawa bunyi yang kedengaran di seluruh emirat itu adalah hasil daripada operasi pemintasan yang berjaya.