Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Serpihan Kayu Balak Muncul Selepas Banjir Landa Sumatera

Athirah
Kayu Balak sumatera
Kredit: Detik

Serpihan Kayu Balak Muncul Selepas Banjir Landa Sumatera

Penduduk Tapanuli Selatan, wilayah Sumatera Utara berasa terkejut melihat serpihan kayu balak berselerak selepas dihanyutkan arus banjir dan tanah runtuh, lapor portal Detik.

Fenomena sama turut berlaku merentasi Tapanuli Selatan, Tapanuli Tengah dan Sibolga. Bukan sahaja di Sumatera Utara, kayu balak turut hanyut di sepanjang Pantai Air Tawar di Padang, wilayah Sumatera Barat.

Difahamkan, asal usul kayu balak itu buat masa ini tidak diketahui.

Bagaimanapun, Kementerian Perhutanan mengesyaki bahawa ia berasal daripada pemegang hak tanah (PHAT) yang terletak di kawasan penggunaan tanah lain (APL).

Ahli Suruhanjaya IV Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia (DPRI), Johan Rosihan mengesyaki kayu balak itu berasal daripada kegiatan pembalakan haram.

“Ini bukan sekadar bencana alam tetapi isyarat kuat bahawa kemusnahan hutan kita telah mencapai tahap yang sangat serius

‘Timbunan dan potongan kayu bersaiz besar yang dihanyutkan arus banjir menjadi indikasi jelas berlakunya pembalakan haram, pencerobohan hutan, serta kelemahan dalam aspek pengurusan dan pemantauan

“Polanya tidak pernah berubah apabila kawasan hulu rosak, kawasan hilir pasti menanggung bencana,” katanya lagi.

BACA: Hujan Lebat Diramal Badai 2 Negeri, 1 Wilayah Hingga Awal Pagi Ini
BACA: Pemungut Hilang Sabar, Bakar Rumah Peminjam Kerana Sering Elak Bayar Hutang
BACA: JAWI Panggil Individu Bantu Siasatan Kes Di Jalan Raja Laut
BACA: Lelaki Minta Tunjuk Arah Guna Bahasa Melayu, Jawapan Lelaki Itali Buat Ramai Tertarik

Sumber: Detik