Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Serum Terbaharu Yang Meningkatkan Keserian, Menarik Perhatian Diraja

Syamimi

Serum Terbaharu Yang Meningkatkan Keserian, Menarik Perhatian Diraja

Piala Seri Endon 2025 bukan sahaja meraikan keindahan seni batik Malaysia, malah turut mencatat detik bersejarah diraja apabila Duli Yang Maha Mulia Raja (DYMM) Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim menerima kotak hadiah eksklusif ‘NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow’ yang direka khas, bersempena tahun kelima berturut-turut NIVEA sebagai rakan penjagaan kulit rasmi acara ini.

Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, berangkat tiba di Piala Seri Endon 2025 dan meninjau keindahan seni batik yang dipamerkan.

Disampaikan oleh Dr. Christopher Vierhaus, Pengurus Negara Beiersdorf Malaysia & Singapura, kotak hadiah eksklusif ‘NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow’ itu menampilkan cermin imbas wajah inovatif dalam kotak aksesori khas yang dihiasi motif batik biru.

Hadiah tersebut melambangkan kebanggaan budaya sambil mempersembahkan inovasi penjagaan kulit terbaik NIVEA, LUMINOUS630 Skin Glow Serum, serum untuk keserian kulit yang baru-baru ini tular dalam dunia kecantikan, digemari selebriti global dan tempatan, dan kini turut menarik perhatian diraja.

Seperti yang dijangkakan, cermin imbas wajah itu mendedahkan apa yang telah lama kita kagumi iaitu kulit DYMM Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim yang berseri, sihat dan anggun, menyerlahkan kecantikan semula jadi Baginda.

Duli Yang Maha Mulia mencuba cermin pengimbas wajah yang menonjolkan seri kulit baginda secara semula jadi, serta menerima inovasi penjagaan kulit pencerahan terbaik daripada NIVEA, iaitu LUMINOUS630 Skin Glow Serum.

“Selama lebih 100 tahun, NIVEA sebagai jenama yang dipercayai dan sentiasa memacu inovasi dalam sains penjagaan kulit. LUMINOUS630 Skin Glow Serum adalah penemuan terbaharu kami, memberikan hasil yang ketara hanya dalam tiga hari serta meningkatkan keyakinan pengguna untuk memiliki kulit yang berseri.

Teksturnya yang ringan berasaskan air menyerap dengan cepat, sesuai dipakai di bawah solekan, malah meningkatkan keserian kulit dengan segera, menjadikannya langkah persediaan kulit pilihan ramai,” kata Dr. Vierhaus.

Dr. Christopher Vierhaus, Pengurus Negara Beiersdorf Malaysia & Singapura, menyampaikan kotak eksklusif NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow Vanity Box kepada Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, di Piala Seri Endon 2025.

Diperkaya dengan Thiamidol yang dipatenkan, terbukti 60 kali lebih berkuasa berbanding Vitamin C, LUMINOUS630 Skin Glow Serum turut dirumus dengan Niacinamide untuk memperhalusi liang pori dan Aloe Vera untuk untuk melembap serta menenangkan kulit, menawarkan manfaat segera dan berpanjangan.

Apabila digabungkan dengan NIVEA LUMINOUS Liquid Refiner, gabungan ini terbukti secara klinikal memberikan 4X Glow Effect, membantu pengguna mendapatkan kulit yang lebih licin, cerah dan berseri.

Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, berangkat tiba di Piala Seri Endon 2025 dan meninjau keindahan seni batik yang dipamerkan.

Dr. Vierhaus menambah, “Penglibatan NIVEA di Piala Seri Endon bukan sekadar penajaan; ia mencerminkan sokongan padu kami dalam meraikan budaya dan warisan Malaysia. Bagi kami, ia tentang meraikan detik istimewa yang menyatukan kita semua daripada memperkasakan individu agar tampil yakin berseri, hinggalah detik penghormatan diraja ini.

Dengan mengangkat seni batik Malaysia dan bekerjasama bersama Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG), kami menzahirkan nilai teras kami iaitu CARE, meraikan detik yang bermakna ini dalam membantu orang ramai menjadi versi diri terbaik mereka, dan membawa perubahan positif kepada masyarakat.

Kotak eksklusif NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow Vanity Box yang dihiasi dengan motif batik melambangkan penghargaan terhadap seni Malaysia, sambil menampilkan sains moden penjagaan kulit NIVEA.

Inilah cara kami meluaskan peranan sebagai peneraju global penjagaan kulit untuk turut menjadi rakan budaya yang bermakna.”

Selama lima tahun berturut-turut, NIVEA dengan bangganya menjadi rakan penjagaan kulit rasmi Piala Seri Endon, bekerjasama rapat dengan PENYAYANG.

Kolaborasi jangka panjang ini bukan sahaja menzahirkan penghormatan NIVEA terhadap warisan budaya Malaysia, malah selari dengan misinya CARE beyond skin untuk mengangkat seni, meraikan warisan, dan menghargai komuniti.

Kotak eksklusif NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow Vanity Box yang dihiasi dengan motif batik melambangkan penghargaan terhadap seni Malaysia, sambil menampilkan sains moden penjagaan kulit NIVEA.

Peminat kecantikan kini boleh mendapatkan NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow Serum yang sama seperti dipersembahkan kepada DYMM Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, kini tersedia di rangkaian cawangan Watsons seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, layari facebook.com/mynivea atau nivea.com.my.