Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sesi Pendengaran CAS Isu Pemain Warisan Bermula Hari Ini

cas isu pemain warisan
Kredit: FAM

Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) mengumumkan bahawa satu sesi pendengaran secara bersemuka berkenaan isu pemain warisan Malaysia akan bermula hari ini di ibu pejabatnya di Lausanne.

Pendengaran itu melibatkan kes antara Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), bersama rayuan tujuh pemain warisan skuad kebangsaan yang dikenakan tindakan disiplin sebelum ini.

Berikut merupakan senarai kes yang akan didengar.

  1. CAS 2025/A/11990 – Facundo Tomás Garcés Rattaro lwn FIFA

  2. CAS 2025/A/11991 – Rodrigo Julián Holgado lwn FIFA

  3. CAS 2025/A/11992 – Imanol Javier Machuca lwn FIFA

  4. CAS 2025/A/11996 – Football Association of Malaysia (FAM) lwn FIFA

  5. CAS 2025/A/11998 – Joao Vitor Brandao Figueiredo lwn FIFA

  6. CAS 2025/A/11999 – Gabriel Felipe Arrocha lwn FIFA

  7. CAS 2025/A/12000 – Jon Irazabal Iraurgui lwn FIFA

  8. CAS 2025/A/12002 – Hector Alejandro Hevel Serrano lwn FIFA

Semua prosiding ini telah digabungkan dan akan didengar secara bersama.

Mereka sebelum ini dikenakan penggantungan selama 12 bulan daripada sebarang aktiviti berkaitan bola sepak oleh FIFA pada 25 September 2025.

Bagaimanapun, pada 26 Januari 2026, CAS mengusulkan langkah sementara dengan menggantung pelaksanaan hukuman tersebut sehingga keputusan muktamad dibuat.

Pandangan pemerhati sukan berkenaan sesi pendengaran CAS isu pemain warisan

Memetik laporan Stadium Astro, pemerhati sukan Datuk Dr. Pekan Ramli menegaskan bahawa isu ini tidak boleh dipandang ringan.

Menurutnya, isu ini melibatkan reputasi bola sepak negara di peringkat antarabangsa.

Berikutan itu, isu ini memerlukan perhatian serius serta langkah pembetulan agar kontroversi sama tidak berulang.

"Kita perlu tenang dalam keadaan sekarang.

"Apapun yang berlaku, apa jua keputusan, kita perlu melihat ke depan dan berharap ia akan menjadi satu anjakan paradigma yang baru buat bola sepak kita.

"Jika kita tidak bersalah sekali pun, kita perlu juga melihat daripada aspek mana yang memberikan kita kemenangan di CAS.

"Mungkin kita menang kerana loop hole sahaja yang melibatkan perkara teknikal, jadi kita perlu melihat secara prinsipnya, daripada segi kesalahannya, adakah ia memang berlaku?

"Daripada itu, kita perlu sedar dan perlu memisahkan minyak dengan air, kesalahan dengan perkara betul tidak boleh bercampur.

"Kita tidak mahu ia berulang kerana ia telah menjejaskan nama baik bola sepak negara kita," jelasnya.

Difahamkan, keputusan dijangka umum seawal Jumaat pagi.