Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Shokz Buka Dua Kedai Baharu Di Pavilion KL, Pavilion Bukit Jalil

Jenama fon kepala open-ear dan bone conduction, Shokz kini memperluaskan kehadirannya di Malaysia dengan membuka dua kedai baharu di Pavilion Kuala Lumpur dan Pavilion Bukit Jalil.

Pembukaan dua cawangan baharu itu menjadikan jumlah kedai fizikal Shokz di Malaysia kepada tiga lokasi.

Kedua-dua kedai berkenaan menawarkan pengalaman mencuba pelbagai produk Shokz, termasuk OpenRun Pro 2, OpenSwim Pro, OpenDots 2 dan OpenFit Pro.

Pelanggan juga boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar Shokz bagi memilih produk yang sesuai mengikut keperluan, sama ada untuk kegunaan harian, berulang-alik atau ketika bersukan.

Menurut Pengurus Jualan Shokz APAC, Lyndon Chen, pembukaan dua cawangan baharu itu merupakan langkah penting dalam usaha jenama tersebut mengukuhkan kehadirannya di Malaysia.

“Kehadiran yang lebih kukuh secara fizikal membolehkan kami lebih dekat dengan pengguna serta memahami bagaimana rakyat Malaysia menggunakan teknologi audio open-ear dalam kehidupan seharian,” katanya.

Lokasi Shokz:

  • Pavilion Kuala Lumpur: Lot P5.02.00, Aras 5

  • Pavilion Bukit Jalil: Lot P4.22.00, Aras 4, Orange Zone