Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Siap Pelawa Sarapan Pagi, Pelancong Terharu Layanan Warga Emas Macam Keluarga

pelancong
Kredit: @oliviayuqi via Threads
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Siap Pelawa Sarapan Pagi, Pelancong Terharu Layanan Warga Emas Macam Keluarga

Mencari tempat penginapan ketika melancong bukanlah sesuatu yang sentiasa mudah.

Lebih-lebih lagi apabila permintaan tinggi atau lokasi tersebut menjadi tumpuan ramai.

Bukan itu sahaja, pelancong juga perlu berdepan dengan pelbagai syarat tertentu yang ditetapkan oleh pengusaha penginapan.

Malang tidak berbau, keadaan menjadi lebih mencabar apabila berlaku perkara tidak dijangka.

Situasi seperti ini sering kali menimbulkan kebimbangan, terutamanya bagi mereka yang berada jauh dari tempat asal.

Pelancong terharu dilayan warga emas macam keluarga sendiri

Baru-baru ini, tular sebuah hantaran di media sosial memaparkan dua orang pelancong yang berdepan kesukaran mendapatkan tempat penginapan di Terengganu.

Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh @oliviayuqi di Threads, dia menceritakan pengalaman mencabar apabila hotel dan rumah penginapan di negeri itu penuh.

Malah, ada yang menetapkan syarat tertentu seperti hanya menerima tetamu yang beragama Islam.

Dalam keadaan hampir berputus asa, sebuah rumah penginapan akhirnya menerima mereka untuk bermalam.

Kredit: @oliviayuqi via Threads

Difahamkan, rumah penginapan tersebut dimiliki oleh sepasang suami isteri yang mesra digelar "Umi" dan "Ustaz".

Apa yang lebih menyentuh hati, pasangan tersebut bukan sahaja menyediakan tempat berteduh, malah melayan mereka dengan penuh mesra seperti keluarga sendiri.

Sebelum mereka pulang, pelancong itu turut diundang untuk bersarapan bersama.

"Umi dan suami jemput kami untuk bersarapan bersama sebelum bertolak pulang. Ia amat bermakna buat kami," ujar @oliviayuqi.

Kredit: @oliviayuqi via Threads

Layanan ikhlas buat ramai tersentuh

Dalam pada itu, @oliviayuqi turut berkongsi gambar hidangan tradisional seperti laksam dan nasi berlauk yang turut mencuri perhatian netizen.

Rata-rata netizen meluahkan rasa tersentuh dengan layanan yang diberikan, selain menyifatkan ia sebagai contoh nilai kemanusiaan yang semakin jarang dilihat.

Kredit: @oliviayuqi via Threads

“Dalam dunia yang kadangkala terasa penuh dengan ketidakpastian, saat-saat seperti ini mengingatkan kita bahawa kebaikan yang tulus masih wujud.

"Kami bersyukur dengan kehadiran insan yang pada awalnya asing, namun akhirnya menjadi sebahagian indah dalam perjalanan kami,” tulis @oliviayuqi di hantarannya.

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian ramai yang memuji keikhlasan pasangan berkenaan, selain berharap nilai tolong-menolong seperti ini dapat terus diamalkan dalam masyarakat.

Kredit: @oliviayuqi via Threads

"Comelnya makcik beri salam, hehe. Alhamdulillah, saya gembira kamu dapat pengalaman yang terbaik di sana," komen seorang warga maya.

"Inilah Islam yang sebenar, yang mengajar umatnya agar sentiasa berbuat baik dan berhati mulia," komen seorang lagi warga maya.

Sumber:Threads