Utama

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

‘Siapalah Ajar Dia Ni..’, Mat Saleh Tular Masak Nasi Lemak Bahan Semua Cukup!
Antara makanan kegemaran rakyat negara ini semestinya nasi lemak dan bagi mereka yang sangat menyukai hidangan tersebut tidak lengkap harinya jika tidak makan sajian itu.
Siapa sahaja yang tidak gemar makan nasi lemak, aromanya mampu memikat selera sesiapa sahaja yang bau dan campuran santan dalam nasi membuatkan ia berlemak sekali gus mampu menambah selera.
Selain hidangan roti canai, nasi lemak juga terkenal dalam kalangan warga dari negara lain di mana rata-rata mereka sangat suka dengan aroma yang ada dalam sajian itu.
Baru-baru ini, nasi lemak sekali lagi ‘mendunia’ selepas kerap muncul dalam video mat saleh dan Asia di TikTok yang mula berkongsi resipi bagaimana cara membuatnya.
Kali ini, salah seorang pencipta kandungan yang dikenali Andy (@andy_cooks) memperkenalkan nasi lemak kepada pengikutnya sekali gus menjadikan ia sebagai kemunculan sulung di laman TikTok miliknya.
Andy yang pakar dalam masakan telah berkongsi cara bagaimana beliau memasak nasi lemak tersebut.
Di ruangan kapsyen, beliau turut menyertakan resipi hidangan tersebut supaya mereka yang menonton video itu boleh mencuba untuk memasaknya di rumah terutamanya pengikut dari negaranya.
Terdapat beberapa perkara yang menarik perhatian orang Melayu dalam video masakannya, iaitu lelaki tersebut memasak nasi dan menyukat menggunakan jari seperti yang biasa dilakukan oleh orang kita.
Yang kedua pula, lelaki itu melayurkan daun pisang sebelum di atas dapur sebelum menyajikannya bersama nasi dan hidangan sampingan yang lain.
Tindakan lelaki itu membuatkan orang Malaysia memuji kemahirannya kerana tidak ramai yang pandai dalam memasak hidangan itu terutama sekali jika mereka masih baharu dengan sajian Melayu.
Tidak hanya itu, bahan yang disediakan juga lengkap di mana beliau menyediakan kacang, telur rebus, timun dan ikan bilis sebagai hidangan sampingan.
TikTok Andy kemudiannya dipenuhi dengan rakyat Malaysia yang rata-ratanya memuji caranya menyediakan nasi lemak.
Saksikan video penuh Andy memasak nasi lemak di bawah ini.
Sumber: @andy_cooks/TikTok