Chef selebriti Hugh Fearnley-Whittingstall terkejut setelah menemui timbunan sisa plastik daripada British yang sepatutnya dikitar semula di negara itu berada di sebuah tempat pelupusan sampah di Malaysia.
Timbunan sisa plastik tersebut dipercayai telah di hantar ke Malaysia melalui jalan laut, sisa plastik tersebut berkemungkinan hanya dibuang ataupun akan dibakar bagi melupuskannya.
Dalam sebuah dokumentari penyiasatan BBC yang dihoskan oleh Hugh dan Anita Rani, mereka telah membongkar timbunan sisa plastik yang berketinggian setinggi 20 kaki itu datangnya dari British.
Dengan beberapa beg plastik yang mempunyai jenama dari British, Hugh mengesahkan bahawa memang ternyata sisa plastik dari negara itu tidak dikitar semula, sebaliknya ia telah dihantar ke Malaysia untuk dilupuskan.

Timbunan sampah itu juga turut mengandungi berjuta-juta bahan plastik kecil yang akan menyebabkan pencemaran seterusnya boleh merebak dan mencemarkan sungai-sungai berdekatan serta menjejaskan hidupan marin.

Pada tahun lepas, sejumlah 65,000 tan sisa plastik telah dieksport oleh UK. Sehingga 2018, China merupakan penerima terbesar sisa plastik yang dihantar oleh UK itu.
Selepas sahaja kerajaan China telah mengharamkan urusan perdagangan tersebut, sisa plastik tersebut telah dihantar ke Malaysia. Anggaran yang sisa plastik diterima pada tahun lalu sahaja dianggarkan berjumlah sebanyak 130,000 tan.
Sumber: Mirror
