Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pengendali Lebuhraya Duta – Ulu Kelang (DUKE) memaklumkan bahawa semua Plaza Tol DUKE & SPE mengalami masalah sistem pembayaran pada 10.15 pagi tadi.
Berdasarkan ciapan yang dimuat naik di Twitter hari ini, sistem pembayaran yang terjejas melibatkan kaedah pembayaran menggunakan Touch ‘n Go e-Wallet & RFID.
Sehubungan itu, DUKE memaklumkan hanya pembayaran menggunakan kad Touch ‘n Go yang diterima di plazal tol berkenaan buat masa ini.
Justeru, bagi pengguna jalan raya yang ingin melalui rangkaian Lebuhraya DUKE, anda dinasihati untuk memastikan baki kad Touch ‘n Go mencukupi untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini dan memberikan kelancaran kepada pengguna jalan raya lain.
Sumber: @LebuhrayaDUKE via Twitter