Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

SK Bukit Jenun Ditutup Sementara Berikutan Terdapat Kes COVID-19

Gambar: Mental Health Partners

ALOR SETAR, 19 Mac (Bernama) — Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Jenun dekat Pendang ditutup sementara sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak susulan terdapat kes COVID-19 di sekolah itu.

Pengarah Kesihatan Kedah Dr Mohd Fikri Ujang berkata sekolah itu ditutup sementara bagi proses sanitasi selain mengesan kontak rapat untuk proses pengambilan ujian calitan.

“Sekolah akan ditutup sehingga ujian calitan kontak rapat di sekolah diperoleh dan Jabatan Kesihatan Negeri akan membuat keputusan sama ada penutupan sekolah itu boleh ditamatkan,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Sebelum ini, tular di laman sosial mengenai notis perintah tutup premis yang dilekatkan di sekolah itu bahawa penutupannya bermula 2.30 petang semalam adalah bagi tujuan proses sanitasi.

Sumber: BERNAMA