Utama

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Skechers Kolaborasi Dengan Nintendo, Lancar Koleksi Super Mario
Skechers, syarikat peneraju teknologi keselesaan global, secara rasmi mengumumkan kolaborasi sulung jenama itu bersama Nintendo dengan melancarkan Koleksi Skechers | Super Mario.
Menerusi kolaborasi berkenaan, Skechers menawarkan koleksi eksklusif sneakers, Foamies, pakaian dan aksesori yang direka khas untuk peminat tegar Super Mario dari semua peringkat umur.

Dilancarkan secara rasmi pada 14 November 2025, Koleksi Skechers | Super Mario ini lengkap dengan segala perincian ceria dan grafik ikonik terus dari alam semesta permainan video konsol tersebut.
Bagi peminat dewasa Super Mario, tumpuan pastinya terarah kepada model Skechers Street™ Uno Court, kasut gaya jalanan yang hadir dengan lima pilihan warna iaitu:
Merah & Putih: Mario (M)
Hijau & Putih: Luigi (M)
Hitam & Putih: Bowser (M)

Coklat & Putih: Toad (F)
Merah Jambu & Putih: Princess Peach (F)

Lebih menarik, setiap pasang kasut ini dilengkapi dengan charm atau hiasan berbentuk Goal Pole yang sangat ikonik, selain cetakan slogan Jump to Your Goal.
Jika diperhatikan dengan teliti, ada juga tampalan Super Star untuk menaikkan lagi seri sneakers koleksi eksklusif ini.
Selain siri Skechers Street™ Uno Court, Sketchers turut menawarkan barisan Foamies Surge Sandals for man dan Foamies: Skechers Max Cushioning for woman.
For Man

For Woman

Siri Skechers Street™ Uno Court dijual pada harga RM459, manakala Foamies Surge Sandals for man hadir dengan tanda harga RM259 dan Foamies: Skechers Max Cushioning for woman boleh dimiliki dengan harga RM299.
Turut ditawarkan menerusi kolaborasi ini adalah koleksi khas untuk kanak-kanak, iaitu Skechers Street™ Mega-Quake for boys, Skechers Street™ Uno Lite for girls dan Skechers Foamies® Swifters.


Kolaborasi ini juga turut menampilkan koleksi lain selain kasut iaitu Unisex Woven Jacket (RM459), Unisex Knit Short Sleeve Tees (RM169), Unisex Woven Pant (RM329) serta koleksi khas untuk kanak-kanak terdiri daripada Kids Unisex Knit Short Sleeve Tees (RM119) dan Kids Unisex Knit Short (RM139).


Melengkapi kolaborasi eksklusif Super Mario ini adalah Baseball Cap (RM109), Crossbody Bag (RM199) dan Sling Bag (RM179).

Semua edisi Super Mario di atas boleh didapati distor-stor Skechersdi seluruh negara.