Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Skechers Lancar Koleksi Edisi Terhad Bersama Artis Graffiti Tempatan Cloakwork

Skechers memperkenalkan koleksi edisi terhad SkechVibe x Cloakwork, hasil kolaborasi bersama artis graffiti dan ilustrator tempatan, Cloakwork, yang menampilkan elemen seni jalanan dalam rekaan pakaian dan aksesori harian.

Koleksi ini merupakan sebahagian daripada inisiatif SkechVibe, platform yang diwujudkan Skechers bagi meraikan bakat kreatif menerusi rekaan yang boleh dipakai dalam kehidupan seharian. Ia turut dipasarkan di beberapa negara Asia Tenggara termasuk Malaysia, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Cloakwork, yang berasal dari Kuala Lumpur, dikenali menerusi karya mural berwarna-warni, ilustrasi serta seni awam yang banyak dipamerkan di dalam dan luar negara. Gaya seni yang menampilkan karakter unik, warna terang dan elemen budaya bandar menjadi identiti utama dalam setiap hasil karyanya.

Menerusi kolaborasi ini, sentuhan seni Cloakwork diterjemahkan ke dalam koleksi yang terdiri daripada empat rekaan baju-T uniseks dan satu rekaan beg tote, dengan setiap rekaan ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Snow Whitedan Black Beauty.

Setiap rekaan membawa tema yang berbeza, antaranya suasana santai di pantai, inspirasi daripada dunia graffiti, kehidupan di jalanan serta elemen muzik dan tarian yang menggambarkan gaya hidup urban.

Salah satu rekaan turut mengambil inspirasi daripada perjalanan awal Cloakwork sebagai pelukis graffiti, manakala sebuah lagi memaparkan ilustrasi kartun dirinya sedang menghasilkan karya menggunakan semburan cat pada dinding berbentuk logo "S" Skechers.

Menurut Skechers, koleksi ini menggabungkan elemen keselesaan dengan ekspresi seni, sekali gus memberi peluang kepada peminat fesyen menampilkan gaya yang lebih kreatif dan unik dalam pemakaian harian.

Koleksi SkechVibe x Cloakwork kini ditawarkan pada harga RM139 bagi setiap baju-T dan beg tote di beberapa cawangan konsep Skechers terpilih termasuk 1 Utama Shopping Centre, Pavilion Kuala Lumpur, Pavilion Bukit Jalil, Suria KLCC, The Exchange TRX serta beberapa lokasi lain, sementara stok masih ada.