Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Musim larian kembali rancak, dan Skechers tampil memperhebat langkah para pelari dengan koleksi terbaharu SKX® AERO. Dikenali sebagai The Comfort Technology Company™ serta peneraju global dalam kasut gaya hidup dan prestasi, Skechers kini memperkenalkan wajah baharu bagi siri prestasi mereka menerusi SKX® AERO Burst dan SKX® AERO Spark.
Hadir dengan tenaga yang diperbaharui, kedua-dua model ini menggabungkan teknologi larian yang diyakini dengan rekaan segar yang menyerlah di setiap langkah, tidak kira jarak dekat mahupun maraton penuh.
Setiap model ditawarkan dalam dua pilihan warna untuk lelaki dan wanita, serta terus membawa pengiktirafan American Podiatric Medical Association (APMA) Seal of Acceptance, satu jaminan bahawa kasut ini menyokong kesihatan kaki secara menyeluruh.
Dari segi teknologi, siri baharu ini dilengkapi inovasi utama Skechers seperti:
HYPER BURST ICE™ cushioning – Memberikan responsif dan kusyen ringan untuk larian lebih lancar.
HYPER ARC® technology – Membantu peralihan langkah lebih efisien untuk momentum yang konsisten.
Arch Fit® support – Sokongan lengkungan kaki yang direka secara ergonomik untuk keselesaan berpanjangan.

Gabungan teknologi ini memastikan pelari kekal yakin dan disokong dari langkah pertama hingga ke garisan penamat.
SKX® AERO Burst dan SKX® AERO Spark boleh didapati di kedai konsep Skechers terpilih termasuk:
Pavilion Bukit Jalil
Pavilion Damansara Heights
Pavilion Kuala Lumpur
Sunway Pyramid
Suria KLCC
The Exchange TRX
1 Utama Shopping Centre
Sama ada anda sedang mengejar rekod peribadi atau sekadar mahu kekal aktif dengan penuh gaya, koleksi baharu SKX® AERO ini direka untuk membawa prestasi anda ke tahap seterusnya. Musim larian ini, tiba masanya untuk melangkah dengan lebih berani dan lebih selesa.