Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

"Skincare" Mahal Tapi Jerawat Tak Hilang, Rupanya Bantal Jadi Punca
Ramai sanggup berhabis ratusan ringgit untuk membeli produk penjagaan kulit yang kononnya ‘viral’, dari serum mahal hingga pencuci muka premium.
Malah ada yang sanggup menahan sakit memicit jerawat dengan harapan kulit kembali bersih seperti dulu.
Namun, hasilnya tetap mengecewakan apabila jerawat di muka, rahang dan leher masih muncul tanpa henti.
Dalam keadaan ini, ramai terus menyalahkan kulit sendiri atau menganggap produk yang digunakan tidak sesuai.
Tetapi pernahkah terlintas bahawa punca sebenar mungkin bukan datang daripada kulit, sebaliknya daripada sesuatu yang kita gunakan setiap hari tanpa disedari?
Hakikatnya, ada satu punca tersembunyi yang sering diabaikan, walaupun ia sangat dekat dengan kita setiap malam.
Hari ini, SK ingin kongsikan bagaimana bantal anda sebenarnya menjadi punca, menurut Public Health Malaysia.
Bantal dan tilam adalah tempat muka anda menekap rapat selama 8 jam setiap malam. Sambil anda tidur, bantal tu sedang menyedut segala benda dari muka dan badan anda:
Peluh
Minyak muka (sebum)
Sel kulit mati
Sisa skincare malam tadi
Gabungan semua ini, ditambah pula dengan suhu badan yang suam, menjadikan bantal anda 'syurga' pembiakan hama (Dust Mites) dan bakteria.
Setiap kali anda pusing kiri kanan waktu tidur, anda sebenarnya sedang 'melenyet' muka anda terus ke atas timbunan kuman dan najis hama ini. Inilah punca utama pori tersumbat, keradangan kulit, dan jerawat berlarutan yang tak sembuh-sembuh.
Jangan jadi hamba skincare tapi abai kebersihan tempat tidur.

1. Tukar sarung bantal sekurang-kurangnya seminggu sekali. Kalau muka jenis berminyak/berjerawat teruk, tukar setiap 2-3 hari.
2. Basuh bantal (bukan sarung je) setiap 3-6 bulan. Jemur bawah matahari terik untuk matikan hama.
3. Gunakan pelindung bantal (pillow protector) untuk halang peluh & minyak meresap masuk ke dalam bantal.
Skincare paling mahal di dunia pun takkan berkesan kalau anda tidur atas bantal yang kotor.
