Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Dah Mandi Tapi Ketiak Masih Berbau? Ini Punca Yang Ramai Tak Sedar
Walaupun sudah mandi dengan bersih menggunakan sabun hingga berbuih, ada kalanya bau ketiak tetap muncul selepas beberapa jam.
Tidak kiralah sama ada ketika berada di pejabat atau selepas sedikit berpeluh di luar.
Keadaan ini boleh membuatkan seseorang berasa kurang selesa, tertekan dan hilang keyakinan diri, malah ada yang menjadi terlalu berhati-hati dalam pergerakan.
Lebih membingungkan, ramai sebenarnya sudah mencuba pelbagai cara seperti mandi dengan kerap dan menukar deodoran, namun masalah bau ketiak masih berulang.
Persoalannya, mengapa perkara ini berlaku walaupun penjagaan diri sudah dilakukan dengan baik?
Hakikatnya, peluh itu sendiri tidak berbau. Bau ketiak, atau dikenali sebagai bromhidrosis, berlaku apabila peluh bertindak balas dengan bakteria semula jadi pada kulit.
Jadi, jika masalah ini masih berlarutan walaupun selepas mandi, kemungkinan ada beberapa punca lain yang sering tidak disedari.
Hari ini, SK ingin kongsikan penjelasan daripada Public Health Malaysia.
Perasan tak, bila baru pakai baju tu wangi, tapi bila berpeluh sikit je, bau lama terus menyengat? Ini sebab bakteria dah membiak dan melekat kuat pada fabrik di celah ketiak baju. Bila kena haba badan, kuman tu 'hidup' balik.

Deodorant cuma tutup bau dengan wangi. Antiperspirant pula sekat peluh dari keluar. Bila peluh kurang, bakteria tak ada 'makanan', jadi bau pun tak ada.

Sabun wangi biasa tidak mematikan bakteria ketiak secara efektif. Anda perlukan sabun antibakteria.

Bulu ketiak boleh jadi 'sarang' yang memerangkap peluh dan kelembapan. Makin lebat, makin banyak ruang untuk bakteria membiak.

Baju: Rendam bahagian ketiak baju dengan air panas dan cuka putih sebelum basuh untuk bunuh bakteria yang terperangkap pada fabrik.
Produk: Pakai ANTIPERSPIRANT pada waktu malam sebelum tidur (bahan aktif menyerap lebih baik bila kelenjar peluh kurang aktif), bukan sapu waktu pagi.
Cucian: Guna sabun antibakteria (seperti yang ada Benzoyl Peroxide) di kawasan ketiak bila mandi, biarkan berbuih seminit dua sebelum bilas.

Fizikal: Cukur atau trim bulu ketiak secara berkala.
Bau badan bukan semestinya tanda seseorang itu pengotor. Kadang-kadang ia cuma tindak balas biologi yang perlukan strategi berbeza.