Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Snek Popular Korea Selatan Didakwa Ada Ramuan Berasaskan Babi, JAKIM Tegaskan Tiada Sijil Halal

Kredit Gambar: Bernama

Snek Popular Korea Selatan Didakwa Ada Ramuan Berasaskan Babi, JAKIM Tegaskan Tiada Sijil Halal

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memberikan penjelasan berhubung dakwaan kewujudan ramuan berasaskan babi di dalam snek popular dari Korea Selatan.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee menerusi satu kenyataan menegaskan bahawa produk berkenaan tidak pernah dipersijilkan halal oleh JAKIM.

“Produk berkenaan merupakan produk import dari Korea Selatan dan tidak memaparkan logo halal daripada mana-mana Badan Pensijilan Halal Luar Negara (FHCB) yang diiktiraf oleh JAKIM pada label pembungkusan,” katanya.

Susulan itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa memilih produk yang dipersijilkan halal oleh JAKIM atau badan pensijilan Halal luar Negara yang diiktiraf.

“Amalkan sikap berhati-hati dalam memilih produk seumpamanya dengan menyemak label dan kandungan produk terlebih dahulu sebelum membuat pembelian,” ujarnya.

Tambahnya lagi, jika terdapat sebarang penyalahgunaan logo halal pada produk yang tidak halal, orang ramai disaran agar membuat laporan segera kepada pihak berkuasa berwibawa untuk tindakan lanjut.